9 Jenis Anak Syaitan Yang Perlu Kita Tahu

9-jenis-anak-syaitan.jpg

9 Jenis Anak Syaitan Yang Perlu Kita Tahu – Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan. JAdi elakkanlah memberikan nama anak anda dengan nama dibawah ini kerana ini merupakan nama yang dilarang dalam Islam :

Jenis Anak Syaitan

1. Murrah
Merosakkan dan melalaikan orang yg suka mendengar muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dll.

2. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.

3. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Zalituun
Duduk di pasar / kedai. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

6. A’awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama’.

7. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

======================================

Elakkan dari menamakan anak anda dengan nama-nama di atas dan sentiasalah mengingati Allah walau dimana pun anda berada. Memberi Salam “Assalamualaikum W.R.T” ketika masuk ke dalam rumah, menyebut “Bismillahirrahmanirrahim” sebelum melakukan sesuatu dan sentiasa menyebut “Subanallah” “Alhamduillah” ” Astagfirullah” ” Allah O Akbar”.

Sekadar berkongsi. Wallahulam!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “9 Jenis Anak Syaitan Yang Perlu Kita Tahu”

  1. kucinghitam says:

    yang last tu paling kurang ajar skali korang pun rajin2 la bagi salam sebelum masuk umah
    kucinghitam recently posted…KADAR ZAKAT FITRAH 2013 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIAMy Profile

  2. Siap dengan tugas masing-masing.

    “Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut”

    fitnah dimana-mana….
    BudakHitam.Net recently posted…Sorotan peristiwa sepanjang bulan Jun 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge