Itali Gagal Layak Ke Piala Dunia 2018

9147414-3x2-700x467-801693449.jpg

 

Hari ini dalam sejarah! Pasukan yang boleh dikatakan legend dalam Piala Dunia, hari ini tersingkir dari kejohanan bola sepak paling berprestij iaitu Piala Dunia setelah tewas agreget 0-1 kepada pasukan Sweden awal pagi tadi.

Itali gagal layak ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, selepas diikat Sweden 0-0 pada aksi timbal balik kedua pertemuan playoff, sebentar tadi.

Kemenangan pada aksi pertama memberikan Sweden tiket ke Russia tahun depan selepas layak secara agregat 1-0, hasil kemenangan di laman sendiri, minggu lalu.

Pada aksi penuh mendebarkan yang mencetus banyak ketegangan dan drama di San Siro itu, Sweden boleh dianggap terselamat daripada deretan serangan tuan rumah yang bertali arus.

Itali yang tidak pernah gagal beraksi di kejohanan elit itu sejak 1958 di Sweden menguasai sebahagian besar permainan sehingga memaksa Sweden berkampung di kawasan sendiri hampir keseluruhan aksi.

Mereka berjaya mencipta beberapa peluang, tetapi gagal menembusi gawang Sweden yang dikawal Robin Olsen.

Peluang terbaik tuan rumah untuk menjaringkan adalah menerusi Ciro Immobile tetapi percubaannya digagalkan Olsen, sebelum Victor Lindelof mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya. – Reuters

Sumber : bharian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge