Isu Pengacaraan Di Gegar Vaganza – Tok Ram Mahu Nabil Jadi Diri Sendiri

1-241.jpg

Semua mengetahui mengenai isu yang cukup hangat dimana Nabil Ahmad ditegur oleh Chef Wan kerana sikap dan lawaknya yang dikatakan agak terlampau.

Pada konsert Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) minggu lalu, Nabil dilihat cuba untuk mengawal setiap kata-katanya dan mengubah gaya pengacaraannya.

Kalau dilihat, lucu jugaklah Nabil dengan ayat-ayat yang agak skema dan berubah menjadi seorang yang lebih serius.

Antara kata-kata Nabil ialah: “Mungkin anak-anak kecil akan tengok, mungkin ia akan jadi pengajaran untuk semua orang, jadi nak berubah untuk lebih baik”

Mengenali Nabil sebagai seorang yang nakal dan kelakar, juri GV 2017, Datuk Ramli MS ataupun lebih mesra dipanggil Tok Ram ini meminta Nabil untuk menjadi diri sendiri dan tidak terlalu memikirkan kritikan orang lain.

“Just be yourself. Kau bayar bil sendiri, bukan orang lain,” kata Tok Ram buat Nabil.

Malah, netizen juga bersetuju dengan kata-kata Tok Ram dan mahu Nabil yang kelakar dan nakal itu kembali memeriahkan rancangan tersebut.

Apa pula pendapat anda? Bagi kami, Nabil boleh sahaja terus berlawak asalkan tidaklah membangkitkan isu sensitif.

sumber

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge