Isu Pelajar Sekolah Sri Pristana Disuruh Makan Dalam Bilik Persalinan

544405_10200899730549369_191878257_n.jpg

Isu Pelajar Sekolah Sri Pristana Disuruh Makan Dalam Bilik Persalinan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca yang masih setia membaca laman fuh.my. Tadi Dr Fuh saja godek-godek news feed kat facebook kemudian terjumpa satu artikel berkaitan Isu Pelajar Bukan Islam Disuruh Makan Dalam Bilik Persalinan. Setelah diteliti artikel tersebut Dr Fuh decide untuk berkongsi dengan anda untuk anda menilai sendiri. Jom baca artikel tersebut.

Ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

“Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai “kantin”

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

8. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda “tandas” (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda “tandas” tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

9. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

10. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

11. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

12. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

13. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup “kantin sementara” dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

– gambar dibawah sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi “layanan buruk” kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera. – Sumber

Isu Pelajar Sekolah Sri Pristana Disuruh Makan Dalam Bilik Persalinan

Dr Fuh – Bagi Dr Fuh, walaupun ianya cuma bilik persalinan, ia tetap tidak manis dilihat dan tidak patut dijadikan tempat makan dan beristirehat. Sebab? Bilik persalinan tersebut disekalikan dengan bilik mandi (Rujuk Sini). Kalau dah bilik mandi, faham-faham jela. Takkan lah takde murid yang buang air kecil dalam tu ketika mandi kan? Sepatutnya para guru kena fikir dahulu kesan-kesan buruk sebelum mebuat keputusan tersebut.

Tapi!!!!. Kepada ibu/bapa kepada pelajar yang telah menyebarkan berita ini tolong jangan kaitkan dengan soal Agama ataupun Racist sebab perkara ini diberitakan berlaku sebelum bulan Ramadhan lagi. Bukan sahaja murid non-Muslim menggunakan bilik persalinan ini bahkan murid dan guru Islam juga menggunakan bilik persalinan ini sebagai tempat makan.

Apa pula kata anda?

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “Isu Pelajar Sekolah Sri Pristana Disuruh Makan Dalam Bilik Persalinan”

  1. setuju dgn ko bro.. pihak sekolah patut lebih peka. kat penjara boleh plak cukup jer kantin.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Military – Kenderaan Perang Yang Dijual Secara Sales Di EBAYMy Profile

  2. kim says:

    ate cadangkan wat 2 kali waktu rehat seperti yang diamalkan di SMK Abdul Rahman Talib kuantan, di mana pelajar ting 1-3 jam 10.10pg dan ting 4-6 jam 10.45 pg total pelajar 1000 lebih. langsung takde masalah x cukup tempat mkn kantin sebesar 2 court badminton . selain tu patut ade pondok atau bangku santai

    1. muller says:

      yela…smart best skali

    2. syeela says:

      aik selama ni bukan mcm tu ke. skolah aku mmg dari dulu asing2 kan rehat

  3. laki ku cina says:

    Jika berlaku BERITA yang tidak JELAS, KABUR, MAKA tindakan pertama oleh tipikal malaysia ;

    kene kecohkan 1 dunia @ FB, PAGE, FAN PAGE, BLOG
    hukum sana-sini,
    hentam sana-sini,
    maki sana-sini,
    kutuk sana-sini

    TANPA USUL PERIKSA , TURUN PADANG EVEN BERTANYA PIHAK BERKENAAN

    jika melibatkan KAUM DAN AGAMA:

    wah masing2 kutuk dlm page fb masing2,
    sial, bodoh,
    babi,
    xd otak, balik indon,
    jahanam,
    bangang.

    Bila tiba dan saatnya, perkara itu dijelaskan dgn RASIONAL DAN TERBUKTI.

    Tipikal malaysian yg kecoh INI akan SENYAP DAN MALU.

  4. KAMARUL says:

    Eleh.. dah masuk fb baru guru2 makan kat dalam tandas.. Fikir logik la.. sekolah ada 1 seisi.. rehat jam 10 semua murid keluar… seisi pagi 7.30 smpai 1pm.. logik x diaorg still ada lg kat sekolah boleh berbuka.. masa tu murid dah xde.. kenapa x makan kat kantin sedia ada? jawap soalan ni.. pendapat sy.. sje je nak makan dalam bilik mandi sbb nak cover.

  5. nego says:

    macam2 pendapat la..tepek btg idung sndiri bru tau ha
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  6. Skipper says:

    As For me. . .ada sesetengah benda yg tak msuk akal. . .n ada yg masuk akal. . .
    napa tiada cadangan menaik taraf kantin sekolah. . sdgkn skg govmnt bnyk buka peruntukan utk menaik taraf & membina baru sekolah² & kantin sekolah. . .sory to say. . .is it terganggu pasal mengundi ari tu??? . . . apa kaitan mengundi sma menaiktaraf???. . .sya penah dengar 1 pernyataan. . “kerajaan tiada kaitan dgn isu² politik” . . .tp bila org ramai mula buka suara . . .”lepas pilihan raya bru ada p’untukan utk ini . . itu. . .sna. . .sini. . .” . . suda 4bulan hal ini berlaku. . .kenapa tiada susulan tindakan utk kantin. . . time puasa sja bru mo bt renovation???.. selang 4bln sblm????? mana????
    sorry. . ini cuma pandangan bukan soalan. . .
    harap jgn ada pihak yg slh phm ni ayat. . .
    cz sya rasa sekolah tu kna mainkan peranan utama dlm mendidik anak bangsa. . n bila smpai rumah ibubapa yg ganti utk mendidik. . .

  7. hazel says:

    kat sarawak,isu2 sebegini langsung tidak timbul.di sklh sy dulu,klau bulan puasa,pljr Muslim di arah ke surau sklh bila tiba masa rehat.Mereka pun open minded. . .langsung tiada masalah!! jgn la perbesarkn isu yg blm pasti anda ketahui..typical malaysia

  8. john cena says:

    bilik persalinan budak2 sekolah rendah bro bkn mcm bilik persalinan org dewasa,kat sekolah rendah mne ade budak mndi,bilik tu ntuk salin baju sukan j
    john cena recently posted…Gambar Anak Lelaki Kate Middleton Dan Putera WilliamMy Profile

  9. Aslan says:

    lahai pengetua? apa kata kita cuba buat peraturan. ala … nak cuba2 je bukan serius pun. nak cuba menguji “nilai kemanusiaan” yg ada pada diri anda2 sekalian, bagi sedar skit. pengetua, kita buat peraturan: pada waktu rehat, sekiranya cikgu hendak makan atau minum, cikgu2 dikehendaki makan di dalam sekolah, tak boleh keluar makan tempat lain. tempat makan atau minum cikgu semua di “sini” iaitu bilik persalinan. selamat gembira mencuba peraturan baru ini ya pengetua 🙂

  10. blogbob says:

    sepatutnya pihak sekolah dipersalahkan kerana kurang cekap,menyidiakan kemudahan yang sepatutnya layak dimilik murid sekolah,sepatutnya juga pihak sekolah mengeluarkan dana memperbaharui kemudahan sekolah untuk menampung murid sekolah yang semakin ramai,pihak kerajaan dan pedidikan ada menyediakan dana khas untuk pihak sekolah untuk dipergunakan untuk memberi keselesaan pada murid sekolah dan bukan hanya pada guru sekolah sahaja,apakah pihak sekolah mengambil sambil lewa DAPAT WANG KERAJAAN ,GELAP MATA,sepatutnya pihak berwajib memantau semua pentadbiran sekolah sepenuhnya untuk memastikan murid2 sekolah selayaknya mendapat kemudahan dan imuniti yang selayaknya untuk memberi keselesaan pada mereka dan bukan hanya pada guru sekolah sahaja!!!!

Leave a Reply to john cena Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge