Inilah 5 Rekod Perkahwinan Paling Pelik? Bangang Pon Boleh Jadi

perkahwinan-bangang.jpg

Inilah 5 Rekod Perkahwinan Paling Pelik? Bangang Pon Boleh Jadi | Perkahwinan yang meriah dan lain dari yang lain sentiasa menjadi idaman setiap pengantin dengan harapan ianya akan menjadi hari yang paling bermakna dan bersejarah dalam kehidupan. Kalau di Malaysia, kita sudah sedia maklum akan perkahwinan perkahwinan mewah dan ’grand’ terutamnya golongan VIP dan selebriti yang menjadi tumpuan terutama pihak media.

Tetapi lain pula yang berlaku di luar negara, mereka tidak berkahwin dengan manusia yang mereka cintai tetapi lebih kepada yang bersifat kebendaan. Berikut merupakan 5 perkahwinan pelik pasangan pasangan berikut:

1) Berkahwin Dengan Menara Eifel

Inilah 5 Rekod Perkahwinan Paling Pelik? Bangang Pon Boleh Jadi

Erika 39 tahun, merupakan seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Beliau memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Mulanya, Erika tergila-gilakan Lance, sebuah anak panah yang membantunya menjadi seorang pemanah. Rasa cintanya kemudian beralih pada Tembok Berlin. Beliau mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik dengan sepotong pagar yang beliau simpan di dalam bilik. Tetapi Menara Eiffel merupakan pilihan terakhirnya. Majlis perkahwinannya sederhana sahaja dan dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008. Beliau mengucap cinta dan janji setia. Sempena perkahwinannya, Erika menggunakan nama ‘Erika La Tour Eiffel’.

2) Berkahwin Dengan Orang Mati

Inilah 5 Rekod Perkahwinan Paling Pelik? Bangang Pon Boleh Jadi

Maut tidak akan dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia lebih setahun. Pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan motorsikal dua hari menjelang perkahwinan. Setahun berlalu, Magali tidak dapat melupakan rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur Perancis, pada November 2009.

3) Berkahwin Dengan Diri Sendiri

Inilah 5 Rekod Perkahwinan Paling Pelik? Bangang Pon Boleh Jadi

Liu Ye 42 tahun, lelaki berasal dari Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri sehingga nekad melangsungkan pernikahan tradisional dengan dirinya sendiri di hadapan lebih 100 tetamu undangan. Beliau mengabadikan gambar dirinya di atas sebuah papan styrofoam dengan solekan seperti pengantin perempuan bergaun merah. “Ada banyak alasan untuk menikah dengan diriku sendiri, terutama untuk mengungkapkan ketidakpuasan terhadap kenyataan, “kata Liu. Liu menafikan tuduhan sejumlah orang yang mengatakan bahawa beliau gay. Upacara perkahwinan berlangsung mengikut adat masyarakat China. Upacara juga dihadiri seorang pengiring pengantin perempuan dan seorang pengiring pengantin lelaki. Semua tradisi diikuti demi menghormati nenek moyang dan para tetamu yang hadir.

4) Berkahwin Dengan Robot

Inilah 5 Rekod Perkahwinan Paling Pelik? Bangang Pon Boleh Jadi

Seorang wanita bernama Bonnie Burton menjadikan watak atau robot R2-D2 daripada filem Star Wars sebagai pasangannya pada 13 Ogos (tahun tak pasti). Dan pasangan ini telah di nikahkan sendiri oleh Darth Maul pada upacara tersebut. Semakin maju teknologi kehadapan, semakin pelik tingkah laku manusia dekad ini.

5) Berkahwin Dengan Bantal

Man marries cushion

Cinta sejati tidak mengira bentuk dan rupa. Seperti yang dialami Lee Jin-gyu, lelaki yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal ‘dakimakura’ kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime. Bantal kesayangan Lee menampilkan karakter ‘Fate Testarossa’, yang diambil dari siri anime ‘gadis ajaib’ iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. Pemuda 28 tahun yang diberi nama jolokan ‘otaku’ ini menikahi ‘mempelainya’ yang muncul dengan gaun pengantin. Perkahwinan pelik ini diadakan dengan sangat serius, lengkap dengan jurunikah dalam sebuah upacara khas dan mendapat liputan meluas dari pelbagai media.

Begitu pelik manusia zaman sekarang. Rasanya Tuhan dah menciptakan hambaNya berpasang pasangan tapi ada jugak nak berkahwin dengan menara, bantal & robot. – sumber asal

Apa pendapat anda?

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

21 thoughts on “Inilah 5 Rekod Perkahwinan Paling Pelik? Bangang Pon Boleh Jadi”

  1. hafiz says:

    apalah bangangnya…itulah ada akal tak digunakan sebaiknya…
    hafiz recently posted…Cara Menjahit Baju KurungMy Profile

    1. kucinghitam says:

      DIORANG XDA AKAI OTAK PUN XPAKAI NAK BT MCMANA
      kucinghitam recently posted…TABIAT BURUK KE BAGUS NIE?My Profile

  2. orang yang kawen dengan benda pelik2 .. bukan je dia gila.. termasuk family & sapa saja yang bagi sokongan tu pun kategori mental jugak sebab orang yang ada akal yang waras memang tak buat macam tu.

    wOW >>NAK TAHU RAHSIA BESAR PELAKON IZARA AISYAH?
    Nyummy >>Nak Voucher KFC, GSC Atau Starbuck?? Clik Cepat!!
    Info >>PENGGEMAR MISTER POTATO KENA TAHU PASAL NI
    suria lekatlekit recently posted…MEROYAN YANG SEBENAR PATUT KORANG TAHUMy Profile

  3. kucinghitam says:

    ADOI MACAM NIE ADA HAHA
    kucinghitam recently posted…TABIAT BURUK KE BAGUS NIE?My Profile

  4. tak lain tak bukan sb gilakan nama…
    potia casadelarossa recently posted…Melayu BolehMy Profile

  5. syeela says:

    kesian

  6. hani says:

    haha..makin pelik dunia zaman sekrang ni..apa la
    hani recently posted…Review Bedak TanakaMy Profile

  7. Bidadari says:

    Pelik dengan manusia zaman sekarang. Apa yang obses dengan benda sampai nak kahwin. Patut dorang tu kena pergi buat check mental tu..
    Bidadari recently posted…Telatah : Mama Jangan Marah TauMy Profile

  8. Ummar Farouk says:

    Satu jer aku boleh sebut tentang perkahwinan mereka di atas iaitu:

    “Forever Alone”

    Hahaha…
    Ummar Farouk recently posted…Kenapa Kempen Tak Nak Merokok Masih Belum Berkesan?My Profile

  9. semoga berkekalan la perkahwinan pelik ni… mmg pelik =..=

  10. cik siti says:

    yg kahwin ngan eiffel tower n ngan diri sendiri tu bru first time dgr….hoho
    cik siti recently posted…dapat kad raya dari….My Profile

  11. Rahman says:

    hai,macam2 pula ragam dan peraturan sekarang ni,..adat diketepikan,agama di permain-mainkan…dunia akhir zaman.semoga budaya sonsang dan tak bertamadun seperti ini tidak meresap diMalaysia.Semoga kita semua di jauhkan dari segala bala bencana…
    Rahman recently posted…Teknik Pemasaran Facebook Yang Berkesan.My Profile

  12. liana rosli says:

    ntah papela..boleh plak kwen gn bantal..
    liana rosli recently posted…sebab gagal semasa temuduga sppMy Profile

    1. Wkaka.. x rasa bodoh plak.. dgn bantal pun nak khawin…
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  13. Orang macam nie pun ada ka… x tau nak kata apa.. tak tercapai akal woooo…

  14. parahh parah~
    NieynaSakinah ZA recently posted…Doakan Aku ..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge