Inilah 10 Sifat Lelaki Yang Paling Dibenci Wanita

perempuan-marah.jpg

Inilah 10 Sifat Lelaki Yang Paling Dibenci Wanita | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang Dr Fuh hormati. Ce baca tajuk artikel ni. Para wanita mesti suka nak tahu apa kan? Kepada para jejaki jangan ambil hati pulak, Dr Fuh sendiri pon tak nafikan perkara-perkara atau sifat seperti dibawah ni kebanyakannya lebih banyak keburukan dari kebaikan. Jom Sekidaud!

Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita. Ada dikalangan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka ada yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

Inilah 10 Sifat Lelaki Yang Paling Dibenci Wanita

1. Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka ‘cuci mata’

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

Dr Fuh – Hmm. Betul eyh? Cer komen sikit sesiapa yang bergelar wanita. nanti Dr Fuh buat artikel 10 Sifat Wanita Yang Paling Dibenci Lelaki pulak ye. Hehehe. Apa-apa pon yang penting adalah saling tolak ansur sesama pasangan dan memahami antara satu sama lain. Baru rumahtangga boleh bahagia 🙂

p/s – jangan la garang sangat macam dalam gambar atas tu ye :p

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Inilah 10 Sifat Lelaki Yang Paling Dibenci Wanita”

  1. sifat2 tu bukan je ada pada lelaki dah sekarang ni pada pompuan pun ada. zaman dah berubah.. sekarang ni lelaki & perempuan semua nak sama level. apa yang penting tak kira lelaki atau perempuan kalau tak boleh buang pun perangai buruk yg di sebut kat atas.. cubalah kurangkan. sikit2 lama2 hilang la..
    lekatlekitgurl recently posted…BAS EKSPRES JATUH GAUNG DI SLIM RIVERMy Profile

    1. kucinghitam says:

      yup setuju bukan semua lelaki macam tu kadang perempuan pun perangai buruk gak kan
      kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  2. hadifahmy says:

    no body is perfect..

  3. Ezad Skytech says:

    parah kalau 10 sifat ni ada dalam diri seorang lelaki…huhu
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  4. kucinghitam says:

    carta2 macam ni selalu lelaki yg kena kenapa perempuan xda plak
    kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  5. amir zahari says:

    Lelaki pun tak berapa suka sifat seperti di atas ada pada wanita.. tentang perasaan untuk memahami wanita tu mmg payah.. kdg2 kita tak tahu apa yg diorg nak sebenarnya..
    amir zahari recently posted…Izinkan Saya Berzina Dengan Anak PakcikMy Profile

  6. Blog Lelaki says:

    Lelaki kalau tak ego bukan lelaki namanyer, tapi biarlah ego bertempat. Sifat lelaki yang terburuk ialah suka mengongkong baik rakan atau teman perempuanya. Mengongkong ini sifatnya hampir sama seperti perempuan. Peace 😀
    Blog Lelaki recently posted…Onani Lelaki : Dilema lelaki ketagih MasturbasiMy Profile

  7. zana says:

    num 6 gn 7 tu . geram nya lelaki cm ni…. huh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge