Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

kecelakaan-no-7.jpg

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Harini Dr Fuh nak share sikit satu info yang Dr Fuh dapat adri blog Nizarazu. Info berkenaan kemalangan yang melibatkan kerugian paling mahal pernah dicatatkan di dunia.

Korang masih ingat terdapat beberapa kemalangan atau kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak suatu ketika dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara 10 kemalangan paling mahal di dunia..

1. Chernobyl ($200 Billion)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.

2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.

3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.

4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.

5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.

6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.

7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.

8. MetroLink Crash ($500 Juta)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.

9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.

10.Titanic ($150 Juta)

Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)

http://www.nizarazu.com/10-kemalangan-paling-mahal-di-dunia/

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Inilah 10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia”

  1. semua main billion je…mmg mahal la ni
    blogger lelaki recently posted…Sambutan Hari Malaysia 1963My Profile

  2. Ezad Skytech says:

    perghhh…no 1 tu 200 billion….
    Ezad Skytech recently posted…Film Review : The InternshipMy Profile

  3. omg says:

    letupan chernobyl tu berpunca dari pam air ke tangki reaktor x berfungsi.. akibat dari komputer kawalan tersilap baca ! tangki reaktor semakin panas semasa memproses uranium dilakukan. pastu pekerja yang control tu pulak bekerja shif. so, x prasan tangki reaktor x diisi air dibahagian luar… pastu apa lagi? makin lama makin panas, meletup laaa..
    -sumber dari national geographic-

    1. World WarZ says:

      Maaf cakap..kurang tepat.

      Pada 26 April 1986, reaktor keempat (bukan ketiga) Stesyen Janakuasa Nuklear Chernobyl, meledak pada 01:23 AM masa tempatan. Masa tu pekerja sedang melakukan ujian dengan sistem keselamatan reaktor ketika mana sistem keselamatan yang dikawal komputer dimatikan.

      Masaalah timbul semasa ujian: Reaktor tidak menerima penyejuk yang mencukupi, lalu membina terlalu banyak haba dalam teras, dan rod pengawal dikeluarkan sepenuhnya tetapi lebih menyumbang kepada operasi reaktor yang tidak stabil.
      Kemudian Sistem komputer dihidupkan semula tetapi gagal mengawal tindak balas. Apabila rod kawalan dimasukkan semula sebagai usaha mengawal semula reaktor tidak stabil, terdapat peningkatan tindak balas, disebabkan oleh reka bentuk reaktor RBMK dan rod kawalannya, dan tindak balas liar dan peningkatan percikan letrik .
      Reaktor menghasilkan sejumlah besar wap dan haba yang tinggi dan akhirnya menyebabkan berlakunye letupan, (Kebooom) dan memusnahkan sebahagian reaktor.
      Selepas letupan, kebakaran grafit berlaku disebabkan suhu yang amat tinggi kerana pendedahan grafit kepada oksigen.
      Puing beradioaktif tercampak beberapa batu berdazzzuup jauh , dan asap yang mengandungi pencemaran radioaktif dari kebakaran grafit merebak jauh sehingga sampai sejauh Ulu Langat dan Semerah Johor

  4. Abang Pam says:

    Perghh..nak siasat pun banyak pakai duit.

  5. amir says:

    Chernobyl….kuasa letupan 400kali lebih kuat dari Little Boy kat hiroshima????/ WTF!!!!… nak menipu pun agak2 la beb…. klu ayat tu 400x lg kuat dari 1kilo TNT tu pecaya la jugak…nuclear bomb nama Peacekeeper ha baru betul lebih kurang 400x kali lagi kuat dari Little Boy Hiroshima….. Littleboy Hiroshima kluarkan power sbnyak 12k tan TNT…….. Tsar Bomba(Russian Nuclear Bomb) pulak hasilkan power sbnyak 50 juta tan TNT…. aku ada baca klau nak bnding kuasa Little Boy Hiroshima dgn Tsar Bomba Russia, umpama Little Boy tu mercun papan kecik dan Tsar Bomba pulak 1 kilo letupan TNT…..so tgk pada gmbar chernobyl tu klu 400x kali lg kuat dari little boy, xda sisa la bngunan tu……rata elok ja…bleh wat padang bola…..

  6. zyra roxx says:

    comel pulak nama chernobyl. hmhm hiks
    zyra roxx recently posted…Beri Baju Terus Clash?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge