Ibu Bersetuju Derma Organ Anaknya Yang Dah Meninggal Dunia

YF57t9H.jpg

Ibu Bersetuju Derma Organ Anaknya Yang Dah Meninggal Dunia

Ibu Bersetuju Derma Organ Anaknya Yang Dah Meninggal Dunia | Tadi Puteri ada membaca satu artikel, seoranag ibu yang bersetuju mendermakan organ anak perempuannya yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kulim, Kedah. Sama-sama kita baca berita selanjutnya.

GEORGE TOWN : Demi melihat kanak-kanak lain yang mempunyai masalah organ hidup gembira semula, seorang ibu bersetuju mendermakan organ anak perempuannya yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kulim, Kedah.

Tahirah Sheikh Daud, 38, bersetuju mendermakan hati, buah pinggang dan jantung anaknya, Allahyarham Aliah Sofea Amran, 10, kepada Hospital Pulau Pinang (HPP).

Aliah, anak ketiga daripada empat beradik dirempuh kereta ketika melintas jalan untuk ke kedai yang terletak di depan rumah bapa saudaranya di Kulim pada 11 Ogos lalu.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian otak meninggal dunia pada 14 Ogos.

“Saya hanya fikir biar kanak-kanak yang memerlukan organ ini dapat kehidupan baharu walaupun pemergian anak saya adalah kehilangan besar yang cukup dirasai,” kata Tahirah yang bekerja di sebuah kilang di sini.

Menurut ibu tunggal itu, pengalaman melihat kesengsaraan pesakit kanak-kanak semasa berada di HPP dengan ada yang meraung kesakitan menimbulkan keinsafan buatnya sebelum dia berbincang dengan ahli keluarga dan bersetuju menderma organ Aliah.

“Sebelum kemalangan itu, Aliah memberitahu dia bermimpi pergi ke Mekah dan berpesan kepada saya supaya tidak perlu risau mengenai dirinya kerana dia mampu urus diri sendiri,” katanya yang percaya mimpi itu merupakan petanda kepadanya bahawa Aliah akan pergi selama-lamanya. – Kosmo

Hmm, dalam Islam dibenarkan ke menderma organ orang yang telah meninggal dunia? Korang tau? Kalau tau kongsikan sedikit dengan Dr Fuh dan pembaca-pembaca lain.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

10 thoughts on “Ibu Bersetuju Derma Organ Anaknya Yang Dah Meninggal Dunia”

  1. boleh ke menderma mengambil organ dari orang yang telah meninggal.. rasanya semalam terdengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.. katanya tak boleh. Di bolehkan kalau orang tu masih hidup & tidak memudaratkan dia.. tak tau la kot saya tersalah dengar. Apapun kena rujuk mereka yang pakar la la kan…
    lekatlekitgurl recently posted…BLOGGER JUTAWAN JALANKAN AKTIVITI PELACURANMy Profile

  2. reena says:

    Hukum pemindahan organ bagi penderma yang telah mati. Hukum pendermaan organ bagi penderma yang telah mati adalah haram sama sekali. Ini adalah kerana, tubuh si mati bukanlah hak dirinya lagi ataupun warisnya, melainkan haknya kembali kepada Allah. Oleh itu, adalah haram untuk melakukan pewarisan mana-mana organ untuk didermakan setelah meninggal. Selain itu, Islam telah mewajibkan penghormatan terhadap mayat dan mengharamkan penganiayaan terhadapnya, di mana dosanya sama seperti menganiaya orang yang masih hidup. Daripada A’isyah RA, Rasulullah telah bersabda:

    “Memecahkan tulang mayat itu adalah sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup” [HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].

    1. terima kasih dengan penjelasan tu. Saya pun google jugak pasal ni untuk lebih kepastian
      lekatlekitgurl recently posted…BLOGGER JUTAWAN JALANKAN AKTIVITI PELACURANMy Profile

  3. Cora Marzuq says:

    hmm..maafkan saya, bukankah organ hanya boleh didermakan jika pendermanya masih hidup..maksudnya otak dh mati, tp jantung masih berdegup..

  4. Nurul Ain says:

    Terdapat dua jenis pendermaan organ. Yang pertama adalah pendermaan dari seseorang sewaktu hayatnya. Kedua adalah pendermaan dari seseorang setelah ia meninggal dunia. Umumnya, pendermaan organ adalah dibolehkan di dalam Islam.

    Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan baru di Malaysia. Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi. Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.

    Pendermaan organ adalah sesuatu pemberian yang sangat bernilai, sepertimana wang ringgit dapat melapangkan kehidupan orang yang memerlukan. Begitu juga penderma organ yang akan melapangkan kepayahan yang dideritai oleh para pesakit selama ini. Ini adalah kerana pendermaan organ merupakan cara yang dapat membantu pesakit, serta menyelamatkan nyawanya.

    Para ulama’ telah mengharuskan juga pendermaan organ dari seseorang yang telah meninggal dunia kepada yang masih hidup, jika si mati telah mengizinkan sewaktu hayatnya, atau warisnya mengizinkan pendermaan
    tersebut. Terdapat beberapa fatwa-fatwa dan pendapat dari ulama’ yang muktabar tentang isu pendermaan organ; Majma’ Al-Fiqh Al-Islami 1, Majlis Tertinggi Ulama di Riyadh, Fatwa Mufti Mesir Dr. Muhammad Syed Tantawi, Majlis Fatwa Kuwait, Fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura berpendapat bahawa pemindahan organ dari si mati kepada yang hidup adalah dibenarkan oleh Syara’.

    Rumusan pendapat-pendapat ini adalah pemindahan organ dari si mati kepada yang hidup dibenarkan oleh Syara’ selagi mana pemindahan itu adalah untuk menyelamatkan nyawa si hidup, dan si mati telah mengizinkan
    pemindahan itu tatkala hidup. Islam memberi penekan an dalam memberi seorang Islam pilihan untuk menderma ataupun tidak dan untuk mengikrarkan pilihan tersebut sewaktu ia hidup. Dalam sistem
    opt-in, seperti MTERA, izin boleh diberikan dengan berikrar. Adalah penting bagi seseorang itu untuk memberitahu ahli keluarganya tentang pilihannya agar ia dihormati selepas kematiannya.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari
    http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Religious/OOM/Resources/HOTA%20FAQ%20_MALAY_%20Latest%20-%20MUIS.pdf
    atau
    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/7610-pendermaan-organ-menurut-perspektif-islam.html
    atau
    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/derma-organ-pemindahan-jantung-dan-mata
    atau
    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-pendermaan-organ-0

    Sumber:
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Penerangan Malaysia, dan Majlis Agama Islam Singapura

  5. Nurul Ain says:

    Jika di Singapura kaedah memberi keizinan iaitu MTERA digunapakai, di Malaysia pula, beberapa Hospital Kerajaan ada membuka kaunter pendaftaran pengikrar penderma organ di Pusat Sumber Transplan hospital tersebut bagi sesiapa yang memberi keizinan supaya organ atau tisunya didermakan selepas mereka meninggal dunia kepada para pesakit yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge