Hutang? ini kata-kata dari Fynn Jamal mengenai hutang

fynnjamal1.jpg
Penerangan Fynn Jamal mengenai hutang, kepada semua kenalan dalam perkongsiannya di Facebook membuka mata orang yang membacanya.
“org hutang saya. pastu tanak bayar”

yep. sakit hati. so hari ini aku nak kongsikan apa yg aku belajar dari sheikh assim al-hakeem ttg penghutang liat.

penerangan hak pemberi hutang:
dari hadith sahih albaani (86).

secara bahasa mudahnya:

1) aku bagi pinjam rm1k kpd ali. tarikh bayaran semula adalah jan 2018.
— pahala: membantu org susah

2) bila jan 2018 sampai dan ali tak dpt bayar, aku bagi tangguhan sampai mei 2018.
— pahala: bagai bersadaqah separuh nilai hutang itu ke jalan الله. (dlm kes ini: rm500).

3) bila mei 2018 sampai dan ali masih juga tak mampu bayar, aku bagi tangguhan lagi ke mana2 tarikh.
— pahala: bagai bersadaqah 100% nilai hutang ke jalan الله SETIAP HARI hutang ditangguhkan. (dlm kes ini: rm1000 sehari!)

subhanallah tabarakallah!!
what kind of investment is this?

dunia kita dapat.
akhirat kita dapat.

pergh.
buat kita rasa lapang hati, kan?
buat kita rasa—
xpelah. kalau bukan kat dunia—
kat akhirat.

allahu akbar.

jika org berhutang itu dlm kesulitan, berilah tangguhan waktu sampai dia temui kelapangan.
dan jika kamu mensadaqahkannya—
ITU lah yg lebih baik—
kalaulah engkau tahu.
al baqarah:280

ye. mmg sakit hati tgk org berhutang dgn kita tu amik kesempatan. kita separuh mati carikan dia duit utk dia pinjam— dia rilekkk je gi holideiii. kita? tercungap2 kat sini. minta dia bayar— asyik tak ada sahaja.

jgn risau. ini agama الله. dan الله itu adil. yakin.

1) belajar dari kesilapan. kalau kita sendiri sengkek— tak usah kasi pinjam. org panggil kita kedekut ke apa— biarkan. kita sendiri tak ada kemampuan.

2) kasi pinjam DGN memahami duit kita kasi ni ada kemungkinan untuk lebur. janji2 manis semua ni tokleh pakai. entah2 lepas kasi pinjam— dia mati. sama je tak dpt pulangan.

3) kalau ayat الله dan pesanan rasulullah adalah utk mengajak kita melapangkan org itu buat para penghutang jadi syiok— ternyata mereka yg buat2 tidur bab hutang ini tidak baca ayat seterusnya.

baqarah:282 adalah ayat PALING panjang dlm al-quran. juga dipanggil ayat al mudaianah. bercakap khas ttg hutang. betapa besarnya isu hutang ni weh.

mati syahid PUN sangkut selagi hutang tak settle.
kita yg mati katak ni?
perghhh.

Itu lah kata kata dari Fynn Jamal kepada semua mengenai hutang. Kelebihan kita dan kekurang apabila memberi orang berhutang duit, hutang di bawa mati. Apa apa pun kita jika tidak terlalu susah, tidak perlu la berhutang atau menambah hutang. Semoga kita semua di jauhi dari berhutang. Amin
Sumber Fynn Jamal

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge