Hasrat Warga Emas Beli Baju Raya Tak Kesampaian Setelah Diragut

Hasrat-Warga-Emas-Beli-Baju-Raya-Tak-Kesampaian-Setelah-Diragut.jpg

Hasrat Warga Emas Beli Baju Raya Tak Kesampaian Setelah Diragut | Astaghfirullahalazim. Kejamnya manusia sekarang. Bila nafsu jahat sudah menguasai diri, tidak kira siapa sahaja akan dijadikan mangsa. Terbaru, seorang warga emas terpaksa melupakan hajatnya membeli baju raya apabila diragut manusia durjana. Baca laporan penuh yang Dr Fuh petik dari Sinar Harian.

Hasrat Warga Emas Beli Baju Raya Tak Kesampaian Setelah Diragut

REMBAU – Hasrat seorang warga emas untuk membeli sepasang baju raya tidak kesampaian apabila dia diragut seorang penjenayah sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas di Kampung Senama Masjid, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, mangsa, Nabibah Kulup, 72, mahu ke pekan untuk mengambil ubat darah tinggi di Klinik Kesihatan Rembau.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, dia dihampiri seorang lelaki bermotosikal memakai topi keledar ketika melalui laluan bersemak.

“Pada mulanya lelaki itu bertanyakan arah jalan, tapi tiba-tiba dia merentap beg tangan yang saya kepit pada ketiak. Saya cuba rampas semula beg tangan itu tapi terbantut apabila terlihat pisau di poket seluar penjenayah terbabit,” katanya.

Nabibah berkata, dia segera mendapatkan bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Rembau.

Berikutan kejadian itu, dia kehilangan wang sebanyak RM300, selain kad bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kad pengenalan, buku akaun Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sinar

Dr Fuh – Tak tau nak cakap apa dah. Cuma kita semua perlu panjatkan doa kepada Nya supaya perkara ini tidak berlaku kepada kita dan keluarga kita. Dan kita doakan agar Perdana Menteri kita terbuka pintu hati untuk melaksanakan hukum Allah, hukum Hudud.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Hasrat Warga Emas Beli Baju Raya Tak Kesampaian Setelah Diragut”

  1. kesiannya….
    Kisah Si Dairy recently posted…Mengenalpasti Pautan Bermasalah Di blogMy Profile

  2. emmm kesian 🙁 jahat sungguh si peragut tu
    Fifiyfitrianiee recently posted…BACA NI,ADIK-ADIK YANG TENGAH BERCINTAN CINTUN.My Profile

  3. Eyma Lydia says:

    Syaitan diikat , ada juga manusia jadi pengganti depa. Bale-bale!
    Eyma Lydia recently posted…Jumpa sekali pun cukuplah sayangMy Profile

  4. Yan Ty says:

    alahai keciannya la kat m.cik ni..sebeq dah dia.. ngok la peragut ni…
    Yan Ty recently posted…Iftar di Ulam Cafe , Kenanga Wholesale CityMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge