Breaking News! Harga Kereta Turun – Senarai 10 Model Terlibat

Turun-Harga-Kereta.jpg

Harga Kereta Turun – Senarai 10 Model Terlibat | Tadi tegoh dok belek-belek news feed Facebook Dr Fuh terjumpa satu link bertajuk “10 Model Kereta Telah Diturunkan Harga” dipost oleh ArenaKereta. Tajuk memang menarik. Semua orang pasti rasa nak baca isinya kalau dah terbaca tajuknya. Kalau nak tau cerita penuh jom baca artikel yang dipetik dari ArenaKereta ni.

Langkah kerajaan untuk turunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Harga kereta turun. Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Harga Kereta Turun - Senarai 10 Model Terlibat

Senarai Harga Kereta Turun

Harga kereta turun. Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Pelan harga kereta turun itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.

Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.

Menurutnya, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti.

Harga Kereta Turun - Senarai 10 Model Terlibat

sekadar hiasan

Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.

Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Madani berkata, kaedah pengurangan lain yang dirancang kerajaan adalah melalui liberalisasi industri automotif tempatan dan kaedah tekanan pasaran.

Dari semasa ke semasa, pengeluar kenderaan, vendor bersama dengan kerajaan akan membuat inisiatif untuk memperkasakan daya saing sektor automotif untuk membantu mengurangkan kos operasi, sekali gus mempengaruhi harga akhir produk,” jelasnya.

Beliau berkata, penurunan harga kereta di negara ini telah dilakukan tetapi kurang dirasai rakyat kerana mereka mengharapkan penurunan yang drastik dan mungkin beranggapan harga kereta tempatan boleh menjadi setara dengan harga di Thailand.

Katanya, kerajaan telah menerangkan bahawa penurunan harga kereta mestilah dibuat secara berjadual dalam masa lima tahun kerana perlu melindungi nasib rakyat yang telah memiliki kereta.

Ini penting, penurunan terlalu tinggi memberi impak negatif terhadap harga kenderaan terpakai, kereta yang masih lagi berhutang dengan pihak bank, industri kereta terpakai, institusi perbankan dan pihak lain yang terlibat secara langsung.

Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.

Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara,” jelasnya.

Ditanya, apakah faktor yang menyebabkan rakyat tidak merasai penurunan harga kereta, beliau menjelaskan setiap pengeluar kenderaan mempunyai strategi pemasaran yang berasingan.

“Pada permulaannya, kebanyakan pengeluar membuat penurunan melalui rebat dan promosi tetapi setengah pengeluar telah mengurangkan harga kereta secara mutlak.

Harga kereta dan penurunannya adalah tanggungjawab pengeluar kenderaan,” tegasnya sambil menerangkan peranan kerajaan adalah merangka dasar yang memberi pulangan yang baik kepada semua pihak. – ArenaKereta

Dr Fuh – Harap-harap ada lagi lah penurunan cukai eksais terhadap kereta-kereta lain terutamanya terhadap kereta mampu milik dan kereta berkonsepkan keluarga. Yang Dr Fuh hairan kenapa kereta-kereta kos tinggi boleh turuh harga lebih banyak berbanding kereta-kereta mampu milik?hmmm…apa pendapat korang tentang harga kereta turun ni?

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Breaking News! Harga Kereta Turun – Senarai 10 Model Terlibat”

  1. Yan Ty says:

    Mummy Ty baru mention, nnt leh beli la kalau betoi trun hrga krta. Kereta apakah?

  2. ingat nak beli kereta mainan la.. murah sikit

  3. Dkna Abza says:

    cuba kira tambah tolak darab bahagi, harganya masih lagi mahal bagi mereka yang gaji lingkungan 1500 yang duduk kat bandar besar 🙂
    Dkna Abza recently posted…Kenapa Nak Kunci Nafsu Suami?My Profile

  4. Namaku razali says:

    Fuckin bullshit. Turun harga kepala bapak dialaa.. Beza dua tiga posen jer. Puii

  5. It is really a great and helpful piece of information. I’m happy that you shared this useful information with us. Please stay us informed like this. Thank you for sharing.
    kereta mainan anak, kereta mainan murah, kereta mainan anak murah, kereta rel, kereta mini recently posted…1My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge