Gila!! Sanggup Potong Jari Untuk Tipu Wang Keluarga

potong-jari.png

Gila!! Sanggup Potong Jari Untuk Tipu Wang Keluarga | Beijing: Gara-gara mahukan wang segera, seorang lelaki China nekad memotong sendiri jari telunjuknya dan menghantar cebisan itu kepada ibu bapanya dengan mendakwa dia menjadi mangsa culik.

Menyangka ia langkah yang cerdik, lelaki berusia 31 tahun itu turut cuba meyakinkan keluarganya kononnya dia hanya akan dibebaskan jika wang tebusan dibayar.

Bagaimanapun helah lelaki dari Hubei itu gagal.

Sebaliknya dia kini ditahan polis atas dakwaan memeras ugut.

Polis berkata, turut ditahan ialah dua rakannya yang bersubahat merancang dan melaksanakan helah itu.

Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Chenmou Huang.

“Chenmou dan dua rakannya tidak bekerja dan sangat pemalas,” katanya.

Beberapa hari lalu, katanya, mereka berbincang cara mendapatkan wang segera dan kemudian timbul idea mengenai ‘penculikan’ berkenaan.

“Untuk menampakkan rancangan itu benar-benar terjadi, rakan Chenmou memotong jari telunjuknya dan menghantar keratan itu bersama nota tuntutan wang bernilai 120,000 yuan (RM62,664),” katanya.

Melihat jari itu, kata jurucakap polis, ibu bapa Chenmou menghubungi polis dan selepas disiasat pembohongan itu akhirnya terbongkar. – Agensi

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Gila!! Sanggup Potong Jari Untuk Tipu Wang Keluarga”

  1. erk…seram nyer..duit punya pasal..apa pun sanggup

  2. amir zahari says:

    Bodoh gile.. kerana duit sanggup menipu, kerana duit sanggup seksa diri, dah la pemalas.. duduk la dlm penjara, leh makan free..
    amir zahari recently posted…Silence Day Of Wednesday #33 – Tanjung Biru, Port DicksonMy Profile

  3. hafiz says:

    Padanlah dengan muka dia, nak menipu sangat, sakit pun dapat, penjara pun kena
    hafiz recently posted…Suku akhir kedua Kelantan vs Johor DTMy Profile

  4. vcore says:

    duit punya pasal jari pon sanggup potong
    vcore recently posted…20 Fakta Menarik Tentang Otak ManusiaMy Profile

  5. baby comel says:

    Buat kerja giler, nk duit yg sementara tapi seksanya seumur hidup.
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge