Gempar!! Ular sawa dan ular tedung berlawan

anggota-JPAM.jpg

Gempar!! Ular sawa dan ular tedung berlawan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Luna nak kongsikan sebuah kisah yang menggemparkan penduduk kampung dengan bunyi aneh yang datang dari longkang rumahnya. Artikel ini mengisahkan penemuan ular sawa yang berlawan dengan ular tedung yang berlaku di Kulim,Kedah. Mari ikuti berita selanjutnya.

KULIM – Seorang lelaki tidak menyangka bunyi ganjil yang datang dari sebuah longkang di tepi rumahnya di Taman Kenari di sini malam semalam berpunca daripada dua ekor ular yang sedang berlawan. Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya.

ular sawatedung hitam

“Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini. Azmi berkata, beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya. Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut. Ketua skuad JPAM, Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan. Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama, katanya. Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis.  – Bernama

Nota LN : Kejadian ini menggemparkan penduduk kampung di Kulim,Kedah. Pastikan kawasan perumahan anda berada dalam keadaan yang bersih dan tidak mempunyai semak samun . Pastikan keselamatan keluarga anda terjamin. Family and Safety First!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Gempar!! Ular sawa dan ular tedung berlawan”

  1. kulim dekat kampung cheq ni.. Masing2 nak mempertahankan diri. Maybe anak ular sawa tu mulakan dulu.hahahaha.. yelah.. dia lapar kot. Ular tedung mungkin nak mempertahankan diri dari di makan ular sawa. mungkin la kot.. orang kata tak baik kan menuduh even depa hanya spesis ular
    lekatlekitgurl recently posted…CARA JIN MEMBIAK DAN BOLEHKAH MANUSIA DAN JIN BERKAHWIN?My Profile

  2. JOBS VIEW says:

    Ngeri..Ular sawa tak padan kecik..hehe..
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with Hong Leong Bank Berhad [UPDATE 20OCT2013]My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge