Gambar Kanak-Kanak Mati Dibunuh Jadi Model Iklan

Model-Iklan-565x376.jpg

Gambar Kanak-Kanak Mati Dibunuh Jadi Model Iklan | Switzerland – Gregory Villemin baru berusia empat tahun ketika dia meninggal dunia akibat dibunuh pada 1984 di Perancis.

Hingga kini kes kematiannya tidak dapat diselesaikan.

Namun apa yang mengejutkan, muka kanak-kanak berkenaan telah disiarkan di dalam iklan sebuah pusat penjagaan di Festival Jazz Montreux, di sini, biarpun sudah 29 tahun dia meninggal dunia.

Keadaan ini mengejutkan ibu bapanya, yang masih bersedih dengan kematian tragis anak mereka itu.

Menurut berita The Local. Ibu bapa Gregory kini sedang menimbangkan untuk menyaman syarikat berkenaan meskipun mereka sudah menerima surat permohonan maaf daripada syarikat terbabit.

Ibu bapanya, Christine dan Jean-Marie Villemin menyifatkan tindakan penganjur festival itu sebagai usaha menarik perhatian ramai semata-mata.

Penganjur festival itu dilaporkan hanya menyedari kesilapan berkenaan selepas poster itu dicetak.

Dalam pada itu, kandungan surat permohonan maaf daripada penganjur festival itu memaklumkan , kesilapan itu berlaku akibat kecuaian dan gambar itu telah dimuat naik oleh seorang pekerjanya yang masih muda serta tidak mengetahui mengenai kes bunuh itu.

Kanak-kanak itu dibunuh pada 1984, selepas ibu bapanya menerima beberapa panggilan ugutan.

Mayat Gregory ditemui di sungai Vologne berhampiran Docelles, di timur Perancis pada bulan Oktober 1984.

Selama beberapa dekad, kes itu gagal diselesaikan sementara suspek yang ditangkap, telah dibicarakan namun dibebaskan kerana tiada bukti,

Suspek berkenaan, yang juga sepupu kepada Jean-Marie Villemin bagaimanapun mati dibunuh oleh Jean-Marie Villemin sendiri.

Jean-Marie Villemin kemudiannya dihukum penjara lima tahun.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Gambar Kanak-Kanak Mati Dibunuh Jadi Model Iklan”

  1. kecik says:

    huyyo. dah mati lama pun masih menjadi model -_-
    kecik recently posted…GA Ramadhan by KanvasDakwatMy Profile

    1. kucinghitam says:

      tu la media skrg xreti nak respek org
      kucinghitam recently posted…Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan SakinahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge