Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera

Fuh-Petua-Lancarkan-Pembuangan-Toksin-Dari-Badan-Dengan-Segera-1.jpg

Pembuangan sisa toksin dari badan amatlah penting bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan ke tahap kecerdasan otot dan aliran darah yang baik.

Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera

Semua orang tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan. Walau bagaimana pun badan kita sebenarnya seringkali dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat.

Ditambah lagi pertambahan toksin-toksin dalam badan yang diambil secara langsung ataupun tidak melalui makanan, air, produk pembersihan dan kosmetik. Hakikatnya memang ada banyak kaedah detokfikasi yang boleh dilakukan, namun kita harus sedar bahawa kaedah semulajadi jugalah yang merupakan kaedah yang terbaik!

1) Aloe Vera

Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksin dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.

Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera

2) Dandelion

Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!

Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 2

3) Kale

Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.

Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 3

4) Artichoke

Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi toksin dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan  lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati.

Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 4

5) Coriander

Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksin serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik.

Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 5

6) Halia

Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.

Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 6

7) Broccoli

Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan.

Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 7

Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksin daripada badan dengan lebih sempurna! Jom amal sekarang!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

14 thoughts on “Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera”

  1. VIMAX2U says:

    WAH BAGUS NIE SAYA PUN BANYAK TOKSIN DLAMA BADAN ASYIK GATAL JA
    VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  2. kucinghitam says:

    toksin klo terlebih badan jd gatal2 x ni gatal satu badan nie

  3. Mawardiyunus says:

    pasni boleh makan aloevera banyak2 la
    Mawardiyunus recently posted…Gambar Samsung GALAXY Note 3 | Samsung Reality And RumorsMy Profile

  4. Ezad Skytech says:

    boleh la bantai aloevera dengan brokoli lepas ni….tu je yang boleh telan…huhu
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  5. baby comel says:

    bahaya kalau toksin tak di nyah dr tubuh. Makanan kena jaga, cari yg berkhasiat tu penting
    baby comel recently posted…Penenang JiwaMy Profile

  6. eweres says:

    Petua yang bagus,
    Tambah-tambah bahan semulajadi, selamat lagi dijamin Halal.
    Bagi yang ada masa, memang patut amalkan..
    Bagi yang tiada masa,saya sarankan supplement Shaklee..
    100% Bahan semula jadi-selamat-Halal..
    murah dan berbaloi.. (boleh minta harga ahli)
    Bagus untuk kecantikan,kesihatan dan untuk ibu..
    Untuk info boleh ke fb:
    https://www.facebook.com/healthcute
    jgn cari sy

  7. akan makan halia muda buat ulam dgn nasi..mmg sedap..bini gua juga selalu buat acar halia muda..mg best

  8. kucinghitam says:

    PI KEDAI JER ORDER TEH HALIA HEHEHE

  9. baby comel says:

    dalam banyak2 tu, brocoli is one of my favorite! errm,
    baby comel recently posted…Novel | SUAMIKU, Encik Perfect 10!My Profile

  10. idatimalek says:

    ada yg tak penah dgr namanya
    idatimalek recently posted…Aku Menang ‘Give Fahmi Wings’ contest by RedbullMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge