Fuh Ngeri!! Ikan Kecil Ini Paling Ditakuti Di Brazil. Kenapakah?

candiru3.png

Ikan Candiru

Fuh Ngeri!! Ikan Kecil Ini Paling Ditakuti Di Brazil. Kenapakah? | Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan keli. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha. Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.

Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati

Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.

Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar – dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.

Ngeri, Ikan Bahaya

Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian sebelum Candiru dapat dibuang. SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

16 thoughts on “Fuh Ngeri!! Ikan Kecil Ini Paling Ditakuti Di Brazil. Kenapakah?”

  1. fyna says:

    fuhh.. sangat bahaya tue. tak jadi lah nak g amazon.
    fyna recently posted…Tips Blogging Terbaik : I’m Not A RobotMy Profile

    1. Daxx says:

      sememangnya kak fyna nak pergi amazon? -.-
      Daxx recently posted…Blogger Tips #3: Widget Random Post Dalam Satu LabelMy Profile

  2. Yan Ty says:

    Meaning , jangan sangka hanya yang bapak besar ja yang bahaya , kecil pun ada.
    Prespektif segelintir kena UBAH.

  3. erk macam ikan bilis pun ada ni 😛

    1. paan says:

      ikan bilis yang membunuh 🙂
      paan recently posted…Si Kecil DarwisyMy Profile

      1. yoon says:

        ikan iblis

  4. silenceblogz says:

    sangat mengerikan… goreng pon sodap ni
    silenceblogz recently posted…Live Streaming Malaysia vs Barcelona 2013My Profile

  5. wani says:

    erm..pernah tengok movie jepun mcm nie jugak.tapi bezanye parasit tersebut cacing yg membuat pesakit berhalusinasi

  6. ain says:

    oh my god..bahayanye..seram

  7. World WarZ says:

    Gembur Gembur…
    Boleh ke ikan candiru ini (seperti didalam gambar) memasuki lubang zakar (tentu mustahil)… Lubang dubur pun maseh tidak mungkin…
    kecuali lubang faraj yang sedang terkangkang didalam air dikawasan ikan tersebut … kehkehkehkeh…

  8. larisi.com says:

    Good info..
    larisi.com recently posted…Graphic Designer Pereka GrafikMy Profile

  9. blog santailah, jiwa says:

    kecik2 cili padi…. hahaha…. Pokoknya… x pyh nak pegi amazon…

  10. amir zahari says:

    Ermmm bila ikan tu masuk dalam anu manusia dia hidup ke dia mati? ke dia boleh hidup dalam tu sampai dia membesar? erkk.. ngeri bayangkan dia boleh hidup dan membesar kt situ..
    amir zahari recently posted…Izinkan Saya Berzina Dengan Anak PakcikMy Profile

  11. kerje.com says:

    Minta dijauhkan Tuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge