Fuh! Masalah Mental Paling Gila

Schizoaffective-Disorder-400x226.png

Fuh! Masalah Mental Paling Gila | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Buat pengetahuan semua, Teacher Muja baru balik makan nasi gulai itik untuk sarapan pagi pada saat memulakan penulisan ini dan itu adalah bukan satu kegilaan. Sekian.

Kali ini Teacher Muja ingin berkongsi dengan para pembaca tentang masalah mental. Biasanya kita akan menganggap orang yang ‘bulat’ berjalan di tepi-tepi jalan sebagai mempunyai masalah mental. Sebenarnya, masalah mental mempunyai banyak jenis dan yang kita lihat itu hanyalah sebahagian kecil sahaja.

Kita juga mungkin mengalami masalah mental tanpa kita sedari. Mengalami masalah mental tidak bermakna seseorang itu gila. Jom kita tengok. Manalah tahu ada antara kita yang mengalaminya. Sila segerakan untuk mendapatkan rawatan. Moga sembuh sepantas kilat.

Type 1 Bipolar Disorder

masalah mental

Gangguan personaliti ini selalu digunakan sebagai tema penulisan novel dan sering dibincangkan di media. Ia menyebabkan seseorang menderita perubahan mood melampau dan berterusan berubah dari satu personaliti ke satu personaliti yang lain dalam tempoh masa tertentu.

Obsessive-Compulsive Disorder

masalah mental

Ini adalah satu lagi gangguan yang selalu disalah anggap dalam kalangan kita. Ramai yang menganggap pesakit hanya mempunyai obsesi dengan kebersihan. Sebenarnya pesakit juga dihantui dengan kebimbangan dan ketakutan yang hanya akan hilang apabila sesebuah perbuatan diulang berkali-kali.

Gangguan Factitious

masalah mental

Gangguan ini terjadi apabila pesakit cenderung untuk berpura-pura sakit hanya untuk mendapatkan perhatian. Namun begitu, kecenderungan ini mungkin menjadi parah apabila mereka sanggup mencederakan diri sendiri untuk mendapatkan perhatian yang diinginkan.

Schizoaffective Disorder

masalah mental

Ini juga adalah gangguan bipolar tetapi dengan tambahan mood schizophrenic yang menyebabkan pesakit hilang terus hubungan dirinya dengan dunia reality. Terdapat juga kemungkinan besar yang pesakit akan berubah mengalami schizophrenia sepanjang masa.

Depersonalization Disorder

masalah mental

Gangguan jenis ini pula menyebabkan seseorang merasakan yang mereka adalah bukan sebahagian daripada diri mereka sendiri dan tiada apa yang benar. Mereka menyedari yang mereka sebenarnya sakit tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Trichotillomania

masalah mental

Satu lagi gangguan yang agak bahaya apabila mereka yang menderitainya akan menarik rambut mereka tanpa sebab yang nyata. Termasuklah di kepala, kening dan bulu mata. Kesiannya kalau jadi pada golongan wanita.

Fobia

masalah mental

Ketakutan kepada sesuatu juga sebenarnya masalah mental yang digelar fobia. Fobia adalah suatu masalah mental yang sememangnya tak dapat dikawal oleh pesakit. Namun begitu, pesakit boleh berusaha untuk mengatasi fobia dengan melakukannya dengan latihan yang kerap.

Antisocial Personaliti Disorder

masalah mental

Sekali lagi, ini adalah gangguan mental yang agak bahaya apabila pesakit tiada langsung rasa apa-apa terhadap manusia lain dan hal ini akan membebankan dan agak kejam kepada orang lain yang berada di sekelilingnya.

Dissociative Identity Disorder

masalah mental

Gangguan jenis ini juga dikenali sebagai gangguan personaliti berganda. Dalam kes ini, seorang pesakit mempunyai lebih daripada dua personaliti dalam diri mereka sehinggakan apabila mereka bertukar, kita sendiri tidak tahu yang mana satu adalah personaliti mereka yang sebenar.

Schizophrenia

masalah mental

Hampir satu peratus daripada rakyat Amerika mengalami gangguan mental jenis ini dan ia dianggap gangguan yang paling mengganggu kerana pesakit akan kehilangan perhubungan dengan dunia sebenar sepenuhnya dan biasanya ianya adalah gangguan kekal.

Banyak lagi simptom lain yang dapat kita lihat dalam diri mereka yang mengalami masalah mental walaupun mereka agak berbeza dengan mereka yang kita jumpa di jalanan. Moga kita dan orang sekeliling kita dihindari daripada masalah mental yang sangat menyeksakan diri sendiri dan orang sekeliling.

Banyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Semoga dengan itu minda kita mendapat makanan rohani yang memberikan ketenangan kepadanya. Bagi ahli keluarga atau mereka yang mempunyai saudara atau orang terdekat yang menderita masalah mental, bersabar dan bertawakkallah. Sesungguhnya mereka hadir sebagai ujian dan insya Allah mulia di sisi Allah. Amiin.

Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Fuh! Masalah Mental Paling Gila”

  1. kucinghitam says:

    kadang pernah rasa gak dioriented termenung ja sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge