Fuh Cool! Kejutan 3 Rumah Paling Pelik Dengan Konsep Binaan Terbaik

bangunan-pelik-1.jpg

Fuh Cool! Kejutan 3 Rumah Paling Pelik Dengan Konsep Binaan Terbaik | MENURUT falsafah perancangan bandar, fungsi bangunan tidak hanya sebagai tempat tinggal mahupun tempat kerja, tetapi ciri uniknya membolehkan sesebuah bangunan menjadi mercu tanda.

Wonderworks di Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) misalnya dibina secara terbalik. Bangunan muzium tiga tingkat itu mempunyai ketinggian 25 meter.

Sebelah bangunan itu senget manakala tiang yang menopangnya dibiarkan retak dan patah. Sesuai dengan keadaannya, di dalam muzium itu terdapat permainan yang mendebarkan bahkan mengejutkan termasuk ribut selaju 104 kilometer sejam dan gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Ritcher selain pameran kapal tenggelam Titanic.

Antara bangunan lain yang menampilkan reka bentuk pelik ialah Rumah UFO di Sanjhih, Taiwan, Perpustakaan Awam Kansas City, Missouri, AS, Bangunan Tarian, Prague, Republik Czech dan Rumah Kiub di Rotterdam, Belanda.

Bangunan ibu pejabat syarikat pembuatan barangan kraf tangan AS, The Longaberger Company pula menterjemahkan identitinya menerusi bangunannya.

Direka menjadi seakan sebuah bakul besar, bangunan tersebut mengingatkan masyarakat sekitar terhadap perusahaan kraf tangan yang diasaskan oleh Dave Longaberger.

Biarpun dianggap sebagai sebuah rekaan pelik, bangunan tersebut turut mempunyai kegunaan apabila bahagian tangkai bakul yang mempunyai berat kira-kira 150,000 kilogram boleh dipanaskan ketika cuaca sejuk.

MUZIUM Wonderworks di Ohio, Florida menampilkan konsep bangunan terbalik.

bangunan pelik

Bangunan tersebut terletak di Ohio, AS. Ia siap pada tahun 1999 iaitu selepas kematian Longaberger.

“Begitu sukar untuk memikirkan sesuatu yang lebih baik selain papan tanda untuk memberitahu sesuatu ataupun menarik perhatian orang ramai,” kata Timbalan Pengarah Muzeum Sejarah dan Industri AS yang menjelaskan mengapa sesebuah struktur direka dengan pelik.

Ilham

Bukan sahaja diilhamkan untuk menonjolkan kreativiti perekanya dalam menghasilkan sesebuah bangunan dengan nilai artistik, pembinaan sesetengah bangunan turut memberi kesan terhadap penggunaan ruang.

Rumah Kiub di Belanda pada pandangan mata kasar seolah-olah buah dadu berwarna kuning yang tersusun elok.

Rumah tersebut merupakan satu inovasi perumahan yang diilhamkan oleh arkitek Piet Blom dengan konsep tinggal di bumbung bandar bagi menjimatkan penggunaan ruang tanah.

Rekaan Blom itu mewakili sebuah perkampungan di dalam bandar Rotterdam dengan setiap rumah seakan sebatang pokok. Apabila disusun bersama ia menjadi seperti sebuah hutan.

RUMAH Kiub di Rotterdam, Belanda direka bagi mengurangkan penggunaan tanah.

bangunan pelik

Dalam bidang seni bina, reka bentuk bangunan pelik ini dikenali sebagai akrkitektur novelti iaitu bangunan dan struktur yang diberi sentuhan bentuk luar biasa.

Ia sama ada untuk tujuan pengiklanan, mercu tanda atau sekadar menonjolkan sisi eksentrik pemilik bangunan.

“Perkembangan dalam perisian komputer telah memberi peluang kepada arkitek untuk tampil dengan variasi bentuk tiga dimensi.

“Ia memudahkan mereka berimaginasi dan menghasilkan sesuatu yang kelihatan menarik,” kata penulis pembentukan bandar, James Graham Ballard.

Namun, bukan semua rekaan bangunan unik itu berjaya. Buktinya, sebuah resort di Sanzhi UFO City, Taipei, Taiwan mengangkat konsep kapal angkasa makhluk asing sebagai asas rekaan bangunannya gagal disiapkan kerana pemajunya kerugian selain berlaku beberapa kemalangan di sekitar kawasan pembinaan bangunan itu.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Fuh Cool! Kejutan 3 Rumah Paling Pelik Dengan Konsep Binaan Terbaik”

  1. wooooo… nanti ak nk buat rumh mcm ni la.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Tentera – Gaya Rehat Tentera Di Medan Perang Yang VangangMy Profile

  2. Yan Ty says:

    Sgt cool. Hebat sgt pereka design rumah. Kreatif bin peliks.
    Yan Ty recently posted…Pantai Timur , Aku Datang ! – Day 5My Profile

  3. Daxx says:

    Peh! kalau tunggu malaysia nak buat macam ni, alamatnya tak kesampaian lah. hahaha
    Daxx recently posted…UM Universiti Ke-33 Terbaik AsiaMy Profile

  4. Ummar Farouk says:

    Gambar yg kedua tu tak bleh blah menariknya…
    Ummar Farouk recently posted…Wawancara Bersama Para Mujahidin Syria Mengenai Pembebasan Bandar Di TaftanazMy Profile

  5. vcore says:

    unique……

  6. Wonderful items from you, man. I’ve remember your stuff previous to and you are simply extremely great. I actually like what you’ve received right here, really like what you’re stating and the best way through which you say it. You are making it entertaining and you continue to care for to keep it sensible. I can’t wait to learn much more from you. That is really a wonderful website.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge