Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua

anak-kucing-berkepala-dua.jpg

10 Haiwan Pelik Berkepala Dua | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Biarpun demam melanda, Teacher Muja rasa tetap tak sabar nak berkongsi entry ini dengan kamu semua. Biasalah, manusia suka dengan benda-benda yang amat jarang berlaku dan dianggap pelik.

Kali ini, Teacher Muja ingin berkongsi pula tentang 10 haiwan pelik berkepala dua. Bagi kita pelik, bagi DIA yang Maha Pencipta, apalah sangat nak cipta makhluk sebeginikan? 10 kepala pun tak menjadi masalah. Jadi, jom kita tengok makhluk yang dijadikan dengan dua kepala.

1. Buaya Berkepala Dua

buaya berkepala dua

Teacher Muja perkenalkan dulu dengan haiwan yang paling menakutkan dalam senarai ini iaitu buaya berkepala dua. Ia dijumpai di Thailand. Bila tengok buaya dengan saiz mini ni, nampak comel pulak. Hehe

2. Penyu Berkepala Dua

penyu berkepala dua

Penyu boleh dianggap haiwan yang paling tidak berbahaya di dunia. Penyu berkepala dua ini dijumpai di sebuah kedai haiwan peliharaan di Florida dan dihantar ke pusat perlindungan haiwan. Hidup lama penyu ni.

3. Anak Lembu Berkepala Dua

anak lembu berkepala dua

Anak lembu ini dilahirkan di US dan dinamakan Star sempena mempunyai dua kepala tetapi hanya sepasang mata. Khabarnya, anak lembu pelik ini hidup dengan sihat sekarang. Adus, comel sungguh!

4. Anak Kucing Berkepala Dua

anak kucing berkepala dua

Makhluk Allah yang sangat comel ini mengiau dengan kedua-dua mulut secara serentak tetapi makan dengan salah satu daripadanya sahaja. Ia dilahirkan sedemikian akibat daripada komplikasi kucing semasa melahirkan. Ya Allah, ingatkan manusia sahaja yang berdepan masalah ingin beranak ni.

5. Ular Berkepala Dua

ular berkepala dua

Tak tahan Teacher Muja melihat gambar ni. Geli. Ular yang menakutkan ini dijumpai di zoo Columbia. Panjangnya adalah 25 inci. Kalau terserempak dengan beliau, minta mengucap dan ingat Allah selalu.

6. Babi Berkepala Dua

babi berkepala dua

Haiwan ini diharamkan untuk orang Islam tapi dia tetap makhluk Allah. Jangan dia dibenci. Orang Cina menganggap babi adalah rahmat dari Tuhan. Apabila babi berkepala dua ini dijumpai, ia dianggap rahmat yang berlipat kali ganda!

7. Gecko Berkepala Dua

gecko berkepala dua

Gecko adalah sejenis cicak kecil. Ia dalam kategori reptilia. Geli sungguh. Ia berlendir dan bergerak-gerak. Dijumpai di sebuah kedai barangan antik di China. Macam manalah reaksi orang yang menjumpainya. Kalau Teacher Muja, mungkin tak makan tiga hari. Huhuu

8. Kambing Berkepala Dua

kambing berkepala dua

Cantik pula bila dilihat banyak kali gambar ni. Kambing berkepala dua ini dilahirkan di Iceland dan orang ramai tidak tahu macam mana keajaiban ini berlaku. Malangnya, kambing ini tidak berdaya mengangkat kepalanya sendiri. Kesian pulak. :'(

9. Belalang Berkepala Dua

belalang berkepala dua

Belalang berkepala dua sebenarnya tidak dianggap sebagai sesuai yang pelik bukanlah kesan daripada eksperimen yang dijalankan oleh saintis. Jadi, belalang ini juga tidak mempunyai ekor! Hebat!

1. Ikan Berkepala Dua

ikan berkepala dua

Ikan di dalam gambar di atas dijumpai oleh dua nelayan muda berdekatan dengan Alberta. Sepertinya ia adalah hasil daripada mutasi yang telah rosak dengan teruk dan Teacher Muja sendiri terfikir, mungkinkah ini satu-satunya ikan berkepala dua? Mungkin banyak lagi yang kita tidak jumpa.

Pelik? Hebat? Ajaib? Menakjubkan? Semua mungkin bila Allah berkehendakkan sesuatu. Bila Dia berkata Kun Fayakun. Maka, semua perkara menjadi mungkin. Cuma Allah datangkannya dengan bersebab untuk bagi nampak natural. Mungkin perubahan gene, mutasi, eksperimen, radiasi, dan sebagainya. Wallahu a’lam.

Wassalam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua”

  1. cartucho hp says:

    Hmm is anyone else experiencing problems with the images on this blog loading?
    I’m trying to find out if its a problem on my end or if it’s the blog.

    Any feedback would be greatly appreciated.
    cartucho hp recently posted…cartucho hpMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge