Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

rabid-wolf-400x263.jpg

Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui | Setelah kejayaan siri Twilight, serigala menjadi satu popular dan dikenali ramai. Ada yang makin menyayangi haiwan yang kelihatan sangat ganas ini dan ada juga yang semakin benci walaupun mereka tidak pernah menjumpai makhluk Allah yang satu ini. Biasalah, manusia suka menghakimi.

Seperti dalam The Game Of Thrones, serigala ini digambarkan boleh dipelihara dan hal ini menunjukkan yang serigala bukan sahaja boleh dijinakkan tetapi lebih daripada itu. Terdapat banyak perkara yang kita tidak perasan tentang spesis serigala ini dan artikel ini adalah untuk memberitahu anda. Teacher Muja pun baru tahu. Jom baca. 😀

Serigala Hibrid

hybrid wolf

Semakin lama, bilangan serigala semakin sedikit. Terdapat sebilangan besar anjing hutan di luar sana dan apabila mereka diuji, 20% daripada mereka adalah dari keturunan serigala. Mereka ini adalah hibrid yang lebih besar daripada anjing hutan biasa.

Kannibalism

serigala kanibal

Kanibalism tidak hanya terhad kepada manusia semata. Serigala tidak akan meninggalkan serigala yang sedang nazak begitu sahaja. Mereka akan memakannya hidup-hidup. Disebabkan ini, pemburu perlu mengambil serigala yang sudah terperangkap sebelum serigala lain memakannya.

Serigala Hitam

serigala hitam

Semestinya ramai antara kita pernah mendengan tentang serigala hitam. Fakta menarik mengenai serigala hitam adalah, mereka tidak wujud secara semulajadi tetapi mereka jadi begini kerana mengawan dengan anjing!

Serigala Amerika

serigala amerika

Dikatakan bahawa serigala di Amerika adalah kurang berbahaya kepada manusia berbanding serigala di negara-negara Eropah. Mereka kurang ganas dan kurang keinginan untuk membunuh manusia berbanding di Eropah dan Asia. Serigala sopan santun ni.

Pemakan Anjing

serigala makan anjing

Walaupun terdapat serigala yang mengawan dengan anjing yang menghasilkan serigala hitam, tetapi serigala tetap menyukai anjing sebagai makanannya. Tidak kiralah betapa rapat pun dua spesies ini, makanan tetap makanan. Sedap benar nampaknya.

Pemakan Manusia

serigala pemakan manusia

Suatu masa apabila keadaan dan situasi menjadi haru biru dan kelihatan badan manusia di penjuru-penjuru bandar, serigala datang untuk memakan mayat itu. Bukanlah salah mereka apabila terlalu banyak daging segar bergelimpangan merata-rata. Rezeki jangan ditolak.

Fungsi Penyakit Cacar

smallpox wolf

Suatu ketika dulu, apabila penyakit cacar merebak dengan hebatnya, berjuta-juta mayat bergelimpangan di atas tanah menyebabkan selera serigala membuak-buak untuk memakan daging manusia. Sekali lagi, bukanlah salah mereka jika makanan terhidang untuk mereka.

Makan Hidup-hidup

SERIGALA

Serigala menyerang secara berkumpulan, mencederakan mangsa sehingga jatuh ke tanah tanpa mampu berbuat apa-apa. Kemudian, mereka tidak menunggu mangsa mati tetapi makan mangsa semasa mangsa masih lagi hidup!

Penyakit Anjing Gila

serigala gila

Serigala tidak dijangkiti penyakit anjing gila dengan sendiri tetapi mendapatnya daripada haiwan lain. Apabila dijangkiti, tiadalah lagi fasa kekeliruan, mereka terus mengganas dan membunuh.

Berat Yang Melampau

serigala berat

Semakin jauh daripada garisan khatulistiwa, semakin beratlah seekor serigala itu. Saiz maksimum seekor serigala boleh mencapai sehingga 200 pound!

Walau bagaimana menakutkan pun sesuatu makhluk, kita sebagai manusia yang juga makhluk Allah tidak harus membenci mereka. Siapa kita untuk menghina makhluk Allah? Jagi, sayangilah sesiapa sahaja walaupun berlainan spesies. Bukankah kasih sayang itu tidak terbataskan oleh apa-apa pun? Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge