Filem Lari 2013 Lakonan Aaron Aziz Arahan Ahmad Idham

Filem-Lari+fuh.my_.jpg

Filem Lari 2013 Lakonan Aaron Aziz Arahan Ahmad Idham | Seperti yang kita tahu, pada hari ini iaitu bersamaan 6 Jun 2013 Filem Lari lakonan Aaron Aziz dan arahan Ahmad Idham telahpun mula ditayangkan di pawagam seluruh negara. Dikatakan filem ini padat dengan aksi yang hebat dimana Idham bijak mengolah jalan cerita itu sehingga penonton tidak sedar ia sudah tiba ke penghujung tayangan.

Malah, aksi yang dipamerkan bukan calang-calang apabila beliau menggunakan sentuhan pengarah aksi bagi filem aksi Thailand yang terkenal dengan aksi Muay Thai, Ong Bak.

Menurut Idham, beliau memperuntukkan RM 500,000 hingga RM 600,000 hanya untuk babak aksi sahaja.

“Saya nak lari dari gangsterisme, jadi saya cipta satu isu yang lebih matang, dari situ timbulnya isu pemerdagangan manusia.

Sementara itu, pelakon utama, Aaron akui Lari adalah filem aksi pertamanya yang benar-benar mencabar.

Aksi Lari memang mencabar. Boleh dikatakan aksi filem paling mencabar yang pernah saya buat. Pukul betul-betul…tak ada ‘camera trick’.

“Pengarah aksi pun suruh saya pukul ‘stuntman’ itu betul-betul. Saya pun kena pukul juga. Memang rasa sakit juga walau pakai ‘pad’,” katanya yang melakonkan sendiri 98 peratus babak aksi dalam filem tersebut.

Aaron juga akui puas dengan aksinya dalam filem yang menelan kos RM 2.5 juta tersebut.

Jadi disini Dr Fuh sediakan trailer dan sedikit ringkasan Filem Lari arahan Ahmad Idham ini. Bolehlah preview dulu sebelum menonton wayang nanti.

FILEM LARI mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.

Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang bergelut denga krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: EXCELLENT PICTURES SDN BHD
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malek, Hazama Azmi

Trailer Filem Lari 2013

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Filem Lari 2013 Lakonan Aaron Aziz Arahan Ahmad Idham”

  1. aku tak tgk pun lari ni… hahahhah sorry la abam aaron…

  2. tpi pepe pun aaron mmg hebat 🙂

  3. tpi x suka dia dlm ohmyenglish jahat hahahahha

  4. klw dia jadi jahat mmg x suka

  5. teringin nak tgk dia berlakon dengan neelofa

  6. klw aaron berlakon jadi gila pun best la la la la

  7. tak pun jadi org cacat best gak tu watak tuk mamat ni

  8. Mawardiyunus says:

    LEPAS LANGGAR, DIA LARI LA PULAK HAHAHA
    Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Makan Di Soul GardenMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge