Fenomena Jerebu – Sekolah Di Manjung, Hilir Perak Diarah Tutup

fenomena-jerebu-sekolah-tutup.jpg

Fenomena Jerebu – Sekolah Di Manjung, Hilir Perak Diarah Tutup

IPOH: Sekolah di daerah Manjung dan Hilir Perak diarah tutup mulai sesi petang hari ini berikutan fenomena jerebu dimana Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 333 iaitu tahap berbahaya pada jam 11 pagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak Idris Ramli berkata semua 102 sekolah di daerah Manjung serta 137 sekolah Hilir Perak diarahkan tutup mulai hari ini dan esok.

“Semua sekolah di dua daerah itu diarahkan tutup mulai hari ini dan esok manakala hari yang berikutnya akan bergantung kepada bacaan IPU,” katanya ketika dihubungi di sini.

Fenomena jerebu, Bacaan Index IPU Jerebu, Jerebu Malaysia, Langkah keselamatan jerebu, PSI Haze Reading, Jerbu Malaysia 2013, Senarai Sekolah Tutup Jerebu

Beliau berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan khas untuk sentiasa memantau bacaan IPU serta mendapatkan perkembangan terkini kesan jerebu dari setiap pejabat pelajaran daerah (PPD).

“Jika PPD mohon untuk tutup sekolah, kita akan pertimbangan berdasarkan surat dan garis panduan daripada Ketua Pengarah Pendidikan. Kita telah maklumkan jika bacaan IPU melebihi 200 semua aktiviti ko-kurikulum dan di luar bilik darjah perlu dihentikan, tapi apabila sudah lebih 300 sekolah wajib ditutup,” katanya.

Idris turut menasihatkan pihak sekolah supaya segera membawa murid yang dikesan mengalami masalah kesihatan akibat kesan jerebu ke klinik atau hospital berhampiran dengan segera untuk rawatan.

“Kepada ibu bapa pula, jika murid mempunyai penyakit yang tidak boleh berhadapan dengan situasi jerebu dengan pengesahan serta laporan perubatan, maklumkan kepada pihak sekolah kerana kita tidak mahu ada masalah yang timbul,” katanya.

Fenomena jerebu, Bacaan Index IPU Jerebu, Jerebu Malaysia, Langkah keselamatan jerebu, PSI Haze Reading, Jerbu Malaysia 2013, Senarai Sekolah Tutup Jerebu

Pegawai Pelajaran Daerah Manjung Muhd Suod Mat Thani berkata penutupan itu melibatkan 21 buah sekolah menengah dan 81 sekolah rendah dengan hampir 40,000 orang murid.

“Kami telah mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri dan telah memaklumkan kepada semua pengetua serta guru besar sekolah di sini. Murid sesi pagi dibenarkan pulang awal memandang mereka telah hadir ke sekolah pagi ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata sesi persekolahan pada hari ini dan esok perlu digantikan pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Sementara itu Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak Zainal Abiddin Osman berkata 113 sekolah rendah dan 24 sekolah menengah di daerah itu ditutup serta merta hari ini.

Beliau berkata penutupan semua sekolah itu melibatkan melibatkan 20,145 murid sekolah rendah dan 19,446 murid peringkat menengah.

“Dengan rekod bacaan IPU Jerebu pada 25 Jun 2013 melebihi 300 maka kita baru sahaja edarkan surat arahan penutupan kepada semua sekolah dengan serta merta,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pihaknya turut menerima laporan dua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi dan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia mengadu sesak nafas dan telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan, katanya.

Mengikut laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, bacaan IPU di Seri Manjung mencecah 331 pada pukul 12 tengah hari tadi sementara Jalan Tesek, Ipoh (150), Jalan Pegoh, Ipoh (196), Kampung Air Putih, Taiping (155) dan Tanjung Malim (178). – Bernama

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Fenomena Jerebu – Sekolah Di Manjung, Hilir Perak Diarah Tutup”

  1. amboi happy adik adik kita ni dpt cuti.. ingat jgn lupa pakai topeng ok 🙂

    1. kucinghitam says:

      off course leh layan kartun byk2 hahahah
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

    1. kucinghitam says:

      alahai sian bdk uitm SI xdapat cuti sian kena exam lg hahaha
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  2. kucinghitam says:

    jerebu2 hujan mari cepat
    kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  3. kucinghitam says:

    seronok klo dapat cuti gak huhuhu
    kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge