11 Fakta Unik Tentang Nabi Muhammad SAW Yang Perlu Anda Tahu

fakta-unik-nabi-Muhammad.jpg

11 Fakta Unik Tentang Nabi Muhammad SAW Yang Perlu Anda Tahu | Alhamdulillah tergerak lagi tangan Dr Fuh untuk berkongsi artikel ilmiah dan Islami di ruangan post ini. Artikel ini dikongsi supaya kita lebih mengenali keperibadian Rasullullah SAW.

Rata-rata kita dapat melihat ‘mood’ masyarakat Malaysia yang sedang memuncak dalam kecintaan mereka kepada baginda Rasulullah SAW. Malangnya, adakah cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW hanyalah cinta yang bermusim? Cinta yang hanya wujud pada tanggal 12 Rabiualwal?

Harapnya tidak. Jangan sesekali jadikan cinta ini suatu adat atau ‘event’ yang diraikan sekali setahun tetapi jadikannya sebuah proses yang sentiasa berlangsung di dalam sanubari insan bertaqwa sehingga ke akhir hayat.

Artikel ini akan membentangkan 11 fakta unik berkaitan Rasulullah SAW  dari hadis-hadis bertaraf sahih yang dipetik daripada Kitab Syamail Muhammadiyah Imam Tirmizi.

Fakta Unik Tentang Rasulullah SAW

1. Rasulullah bersandar dengan sisi kiri tubuh beliau diletakkan pada sebiji bantal. (Hadis 126, Syamail Muhammadiyah)

2. Rasulullah tidak makan sambil bersandar (Hadis 128 dan 135, Syamail Muhammadiyah)

3. Rasulullah tidur sehingga berdengkur halus. Baginda selalu berdengkur ketika tidur. (Hadis 248, Syamail Muhammadiyah)

4. Tangisan nabi berbunyi seperti air yang sedang menggelegak. (Hadis 308, Syamail Muhammadiyah)

5. Rasullullah pernah diundang makan roti gandum dengan lemak basi. Baginda memenuhi undangan itu. (Hadis 319, Syamail Muhammadiyah)

6. Bau peluh rasulullah lebih wangi daripada minyak wangi. (Hadis 331, Syamail Muhammadiyah)

7. Rasulullah tidak pernah sekali pun menggunakan tangannya buat memukul kecuali dalam jihad.(Hadis 334, Syamail Muhammadiyah)

8. Apabila seseorang bertanya ataupun meminta daripada Rasulullah, baginda tidak pernah berkata “Tidak”.(Hadis 338, Syamail Muhammadiyah)

9. Nabi sangat pemalu. Lebih pemalu daripada gadis perawan di bilik hiasnya. (Hadis 344, Syamail Muhammadiyah)

10. Antara nama lain Nabi Muhammad adalah Ahmad, Al-Mahi (penghapus kekufuran), Al-Hasyir (yang mengumpulkan), Al-Aqib (yang mengakhiri). (Hadis 352, Syamail Muhammadiyah)

11. Baginda tidak pernah makan roti dengan daging kecuali bersama orang lain. (Hadis 361, Syamail Muhammadiyah)

Bak kata pepatah, ‘Tak kenal maka tak Cinta’. Mudah-mudahan perkenalan yang sedikit ini mampu meningkatkan cinta kita kepada Baginda dan membuahkan amal kemudiannya. Insyaallah.

Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:

“… barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga”

(Riwayat Tarmizi)

 Wallahualam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

3 thoughts on “11 Fakta Unik Tentang Nabi Muhammad SAW Yang Perlu Anda Tahu”

  1. air peluhnya lebih wangi dari air minyak wangi… subahnallah… betapa mulianya junjungan kita, NABI MUHAMMAD s.a.w… thnks for sharing fuh

  2. nabila biela says:

    hebaknya nabi kitakan…kagummm
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

  3. omg says:

    aku kalau bak nabi ni rasa nak nangis jer….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge