Fakta Tentang Negara Jepun Yang Pelik Tetapi Menarik

jepun-negara-maju.jpg

Fakta Tentang Negara Jepun Yang Pelik Tetapi Menarik | Pernah ke negara Jepun? Mungkin ada yang sudah pernah tapi mungkin ramai lagi yang tak pernah kan. Kali ini ada beberapa fakta menarik yang dapat dikumpulkan tentang negara Jepun sebagai menambah ilmu pengetahuan kita.

1. Jangan letakkan ‘chopstick’ secara menegak didalam mangkuk nasi anda kerana ia adalah satu budaya lama Jepun untuk memberikan nasi tersebut kepada orang mati. Kalaupun tidak, ia tetap dianggap satu perbuatan yang tidak baik.

2. Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun.

3. Terdapat lebih 200 buah gunung berapi di Jepun.

4. Walaupun mengorek hidung atau kencing ditepi jalan diterima dalam masyarakat disana tapi menghembus hidung dikhalayak awam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Kebolehan menggubah bunga dianggap sebagai seni di Jepun.

6. Penduduk Jepun kebanyakkannya mengambil nasi untuk dimakan semasa sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

7. Untuk menunggu pesanan pizza anda dihantar, akan memakan masa selama 1 hingga 2 jam. Penduduk Jepun gemar pizza mereka diletakkan dengan mayonis, jagung dan juga biji bijan.

8. Jika mendapat hadiah, tidak boleh mengoyak kertas pembalutnya kerana dianggap satu perbuatan yang tidak sopan.

9. Di stesen-stesen keretapi, wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas.

10. Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun!

11. Pam atendan distesen minyak akan tunduk hormat kepada kereta yang keluar dari stesen minyak.

12. Sebiji epal di Jepun berharga USD$2 dolar!

13. Jika menghadiri upacara perkahwinan ataupun kematian, membawa bersama wang ataupun hadiah adalah menjadi perkara yang wajib.

14. Penduduk Jepun mandi air panas setiap malam walaupun kemudahan itu tidak terdapat dirumah mereka.

15. Mengatakan ‘tidak’ secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah.

16. Lampu trafik hijau disana dipanggil ‘biru’.

17. Tidak ada mesin ATM yang beroperasi 24 jam disana malahan ia ditutup pada hari cuti dan kebanyakkannya beroperasi pada waktu bekerja sahaja.

18. Menjadi kebiasaan, seseorang yang berpindah kerumah baru, patut memberikan antara 1000 dolar ke 2,000 dolar kepada pemilik rumah tersebut.

19. Kebanyakan orang Jepun tidak boleh memandu dengan baik.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

14 thoughts on “Fakta Tentang Negara Jepun Yang Pelik Tetapi Menarik”

  1. Nazri Salleh says:

    Tak tahu lak ‘wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas’. mcm pelik je bunyinye..hihi..
    Nazri Salleh recently posted…Resepsi | Ieqa & Taufik | 28,29 & 30 Jun 2013 | JohorMy Profile

  2. sakura says:

    Salam. Saya skang keje d Jepun… ada beberapa perkara yg x tepat tu..

    9. Kat stesen ketapi, diorang bg tisu poket biasa tu… bukan tisu tandas, so bole la nk guna buat pape pon.

    10. Saya ada gak tenampak grafiti2 kat dinding – celah2 bangunan.

    11. Pam atenden tunduk hormat trima kasih pd drebar kreta

    12. Epal Fuji g besar memang mahal… tp ada gak yg kecik & murah

    17. Kat sini byk 7Eleven & convenience store 24 jam… dlm tu ada mesin ATM

    19. Ramai gak boleh memandu dgn baik… mcm kat Malaysia jugak lah.

    Sori ye… just nak betulkan sikit jer 🙂

    1. Sham obasan says:

      …. Tissue tu sebenarnya advertisement… benda yg nak diklankan diletakkan detailnya kat packaging tissue tersbt

    2. blog santailah, jiwa says:

      tabik luu! Terima kasih bab bagi pembetulan! hehe…i appreciate it! ^_^

    3. benci org yg suka menunjuk2 dia betul says:

      10. Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun!

      means ada….bukan tidak ada.

      10. Saya ada gak tenampak grafiti2 kat dinding – celah2 bangunan. (?????????????????)

      sila faham kan ayat yg awal tu menggunakan akal turun ke hati, bukan dgn hati turun ke akal yg suka menunjuk2

      Sori ye… just nak betulkan sikit jer 🙂 ( Ambil Ayat Anda Kembali )

  3. hafiz says:

    Mesti best kan duduk kat jepun, kebersihan yg penting
    hafiz recently posted…Menghantar kereta untuk diservisMy Profile

  4. Samad khairi says:

    Saya berada di Jepun sekarang selama 2 hari…
    saya setuju kebanyakannya semua betul….

  5. ton2 says:

    vandalisme hampir bukan tiada…..saya dari malaysia…saya hanye nk betulkan

  6. lionel mcgarret says:

    wow it so amazing

  7. vcore says:

    wahh.menarik betul!

  8. Sham obasan says:

    jika menghadiri upacara pengkebumian ataupun perkahwinan.. duit yang disampaikan sebagai hadiah hendaklah dimasukkan kedalam sampul khas.. sampul khas ini cantik dan dijual di kedai2 stationaries

    1. AeroMiku says:

      Malaysia pun apa kurangnya.. Sambil salam dengan tuah rumah, selitkan sampul duit raya or ang pow.

  9. teh says:

    spupu sy sambng study di jepun dlam 10tahun…dan anak2 die semue lahir kat sane….yg pelik tentang jepun…kerajaan sane mmberi elaun ke anak die dlm 300 sbulan seorng….sebagai galakan org nak ada anak ramai….sppu sy kate org jepun rela bela anjing dari bela anak sendiri….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge