Fakta! Ketahui Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah Umur 6 Bulan

150764_403194053044479_1804264564_n.jpg

Fakta! Ketahui Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah Umur 6 Bulan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu info berkanaan hal ‘parenting’. Sebenarnya Dr Fuh sendiri pon pernah dengar hal ni. Tapi tak berapa jelas faktanya, tak jelas kenapa bayi bawah 6 bulan dilarang minum air masak. So kali ni dah ada fakta yang jelas sebab-sebabnya. Jadi, para ibu bapa silakan membaca.

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka.

Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

Sumber Dr Fuh ambil dari blog gengblog

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Fakta! Ketahui Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah Umur 6 Bulan”

  1. bukan takat air masak je bahaya untuk bayi bawah 6 bulan.. makanan jugak. ada mak bapak yg berani bagi bayi dorang makan nestum la.. biskut meri rendam dalam susu.. kata depa mak bapak depa bela depa dari kecik bagi makan hidup jer.. Tu di kira nasib baik. Orang mencegah supaya tak terjadi perkara buruk sebab perbuatan macam tu berisiko tinggi berlakunya perkara2 yg tak di ingini. Jgn kerana anda masa kecik di suap air masak, nestum biskut meri bagai hidup sampai sekarang.. anak2 anda pun akan bernasib baik macam anda. elok la cegah sebelum terjadi apa2..
    lekatlekitgurl recently posted…GARANG SUNGGUH AKAK JUAL NASI AYAM DENGAN PELANGGANMy Profile

  2. kucinghitam says:

    wah bahaya nie kalo ibu yang baru nak jadi ibu kena hati2 klo macam ni
    kucinghitam recently posted…HARGA GULA NAIK NAK ELAKAN DIABETES?My Profile

  3. baby comel says:

    Serius? Ekceli tak pernah amik tau pun tentang ni. Pasni boleh la disebar2 kan kpd mereka yg lain. thanks bagitau ni ye Dr Fuh
    baby comel recently posted…Alahai Cinta JannahMy Profile

  4. World WarZ says:

    Apa ingat ibu ibu Melayu kat Malaysia nie bodo sangat ke..
    Mereka memberi air putih kat baby mereka pada ketika tertentu sahaja bukan sentiasa berselang seli susu dan air setiap waktu.
    Air adalah melambang asas kehidupan suci lagi murni dan semua kehidupan memerlukan nya. Memang bayi bergantung penuh pada susu ibu atau susu formula diawal usia tetapi air putih bukan disumbat penuh kenyang untuk bayi yang berusia lebih 3-4 bulan.

    Kecuali lah air kosong diganti 50 peratus daripada hak penyusuan baby… harap faham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge