Doa Untuk Menenangkan Diri Dari Tekanan

doa-tekanan.jpg

Doa Untuk Menenangkan Diri Dari Tekanan | Assalamualaikum dan salam Jumaat Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang disayangi dan dikasihi sekalian. Sebagai manusia biasa kita tidak pernah terlepas dari bebanan masalah tidak kira apa jenis masalah. Masalah ini boleh memberikan tekanan kepada kita samaada tekanan dengan kerja, belajar, kekusutan hidup, rumahtangga dan banyak lagi. Namun setiap masalah ada penyelesaiannya dan bagi mengurangkan tekanan terdapat doa yang disarankan di dalam Islam seperti berikut:

Doa Untuk Menenangkan Diri Dari Tekanan

اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan). Ubun-ubunku dalam genggamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ (keputusan) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.

Petua Beramal Doa Penawar Perasaan Duka dan Sedih serta Tekanan Perasaan atau Stress

Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka, maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W ini. Tatkala Nabi S.A.W selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada Baginda S.A.W : Wahai RasululLah, orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini?

Jawab Baginda S.A.W, “Ya! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia. Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah S.W.T akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Doa Untuk Menenangkan Diri Dari Tekanan”

  1. good sharing Dr.Fuh . Memang nak kene amalkan nih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge