Dibunuh Hanya Kerana Cicak Tokek?

cicak-tokek.jpg

Dibunuh Hanya Kerana Cicak Tokek? | SHAH ALAM – Pemuda yang ditemui mati di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebuah lombong di Jalan Rantau Panjang Bestari Jaya pada 30 Ogos lepas disyaki dibunuh kerana seekor cicak tokek yang dianggarkan bernilai RM1 juta di pasaran gelap.

Berikutan itu, polis menahan secara berperingkat 16 lelaki di sekitar Selangor dan hilir Perak dari 1 September sehingga hari ini dan pemilik cicak tokek iaitu seorang wanita berumur 60 tahun di Kuala Selangor hari ini berhubung kes pembunuhan Syairul Helmi Azhar, 24.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang media di sini hari ini berkata, suspek itu dipercayai diupah wanita berkenaan untuk mengesan Syairul yang dikatakan menghilangkan diri selepas diamanahkan untuk menjaga dan mencari pembeli berpotensi cicak tokek itu.

Suspek dikatakan berjaya mengesan Syairul lalu berlaku pergaduhan sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa daripada senjata buatan sendiri yang mengenai rusuk kanan simati.

Mohd Shukri berkata polis turut merampas pelbagai barangan termasuk satu batang paip besi menyerupai selaras senjata buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, sebuah beg hitam, kain putih, enam peluru hidup, tiga kelongsong peluru, sembilan telefon bimbit pelbagai jenis, pemutar skru dan playar.

“Kita belum menemui cicak tokek yang dikatakan itu,” katanya. – Bernama

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Dibunuh Hanya Kerana Cicak Tokek?”

  1. Anuar says:

    Tak sangka betul orang sanggup membunuh kerana cicak tokek… Mungkin disebabkan cicak tokek mahal harganya…
    Anuar recently posted…WW: Alpaht untuk dijual pada harga RM40K.. Mahal ke?My Profile

  2. Sampai skg saya masih pening fikir pasal cicak tokkek nie.. Hanya disebabkan cicak seekor kita sanggup berbunuhan..
    Aniqbukhary32 recently posted…Benda kecik inilah yang kita selalu terlepas pandangMy Profile

  3. cik Ain says:

    pelik nyaa.. semata2 nak kejar duit .. boleh buat mcm tuh…
    apa2 pun, gambar tokek tuh memang besar.. kayoooo

  4. vcore says:

    cicak tokek mahal harganya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge