5 Cincin Pertunangan Selebriti Yang Tersangat Mahal

cincin-tunang-kate-middleton.jpg

5 Cincin Pertunangan Selebriti Yang Tersangat Mahal | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja hari ni terjumpa sesuatu yang sangat disukai oleh para wanita iaitu cincin. Wanita dan barang perhiasan tidak dapat dipisahkan lagi. Alangkah indah dunia pada saat dilamar dengan cincin. Romantisnya. Kah3. Mimpi di siang hari pulak. 😛

Apa itu perkahwinan? Apa yang dicari oleh setiap wanita sebelum dia bersetuju untuk berkahwin? Apa yang lelaki perlukan sebelum meminang seorang wanita? Kita semua tahu yang perkahwinan adalah mengenai cinta dan kebahagiaan. Moga hasil perkahwinan dapat menghasilkan ummah yang baik. Amiin

Di bawah adalah gambar cincin pertunangan selebriti yang tersangat mahal. Jangan terbeliak mata pula bila melihatkan harga seketul cincin pertunangan mereka ini.

Kate Middleton

cincin tunang kate middleton

Cincin yang cantik ini sangat menonjol, sebuah nilam biru, dikelilingi dengan ketulan berlian. Ia pastinya sebentuk cincin yang sangat sesuai untuk seorang puteri. Pemilik sebenarnya adalah Lady Diana dan sekarang milik Kate Middleton. Putera William memberikan cincin ini semasa meminang cinta hatinya. Anggaran kasar harga cincin ini adalah dalam lingkungan $500,000.

Kim Kardashian

cincin tunang paling mahal

Cincin berlian bersaiz ‘raksasa’ ini adalah milik Kim Kardashian. Kris Humphries memberikan cincin ini kepadanya yang kini adalah bekas isterinya di permulaan hubungan cinta mereka sedang bersemarak dengan publisiti yang mereka dapatkan. Cincin ini dikatakan berharga mencecah $2 juta dan itu bukanlah satu kejutan kerana berlian tengahnya dalah 16 karat dan berlian lain yang padanya adalah 2 karat.

Hilary Duff

cincin tunang hilary duff

Bintang Disney, yang menjadi stylist dan ibu sekarang, Hilary Duff telah mendapat sebentuk cincin dengan potongan puteri, yang dilaporkan bernilai $1 juta. Hilary memadankannya dengan Duffster original, dan cat warna terang pada kukunya. Beliau sememangnya seorang wanita yang pandai dan berani dalam bergaya.

Khloe Kardashian

cincin tunang khloe kardashian

Tidak mahu bersembunyi atau disembunyikan oleh bayang-bayang saudara perempuannya, Khloe Kardashian memakai ‘batu’ yang agak menggerunkan juga. US Weekly melaporkan yang harga cincin 12.5 karat ini dianggarkan $850,000. Ia diberikan oleh Lamar Odom.

Carrie Underwood

cincin tunang carrie underwood

Penyanyi country Carrie Underwood mendapat cincin pertunangan daripada tunangnya yang kini merupakan suaminya Mike Fisher yang bernilai $150,000. Berlian kuning yang mengelilingi cincin itu membuatkannya tampil berbeza daripada putih klasik yang kita selalu tengok dipakai oleh selebriti lain. Carrie pernah berkata yang cincin itu adalah “cincin yang paling cantik.”

Untung betullah jadi selebriti. Dapat layanan macam keluarga diraja, tapi itu yang kita nampak. Di sebalik kehidupan yang kelihatan indah, biasanya ada sesuatu yang kita tidak tahu. Kesiannya kaum lelaki kalau macam ni lah harga cincin pertunangan. Risiko tak berkahwin mesti tinggi. Kah3.

Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge