Cerita Sedih Kisah Gadis Dibunuh Sahabat Sendiri Dengan Kejam

allahyarhamah-Juliana-Md.-Fuzi.jpeg

Allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

Cerita Sedih Kisah Gadis Dibunuh Sahabat Sendiri Dengan Kejam | Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!

Hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu

bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati

namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua

panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

“Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan itu adalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki

Akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua

Al-Fatihah untuk Allahyarham Juliana Md. Fuzi.

Google untuk cerita yang lebih details

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

13 thoughts on “Cerita Sedih Kisah Gadis Dibunuh Sahabat Sendiri Dengan Kejam”

  1. ni bukan kawan la klw mcm ni sampai sanggup membuhuh… hurm… pening pala dgn perangai manusia skrg 😛

  2. sayidah says:

    nauzubillaahh..tak sangka ade kwn sekejam ni
    sayidah recently posted…IT’S ALL ABOUT .. ROKOK !My Profile

  3. hanna says:

    motif bunuh pun xdketahui..aparahhh

  4. syeela says:

    aku rs noralina ni mental la. ade suruh bf dia rogol kwn baik dia.

  5. Ummar Farouk says:

    Kesian kalau dapat kawan jenis makan kawan… Harap dijauhkan daripada segala tipu daya syaitan melalui kawan lama…
    Ummar Farouk recently posted…Melihat Kehidupan Kita Dari Kaca Mata Sang PenciptaMy Profile

  6. hfz group says:

    Harap penulis baca semula dan semak cerita ini.. tunggang terbalik nama org dalam cerita ni.. yang kena bunuh dihadapkan ke mahkamah dan bacaan fatihah untuk yg membunuh.. harap diperbetulkan.. fenin.. fenin..

    1. hfz group says:

      Ke aku yg fenin ni.. huhuhu..

      1. hfz group says:

        Saje nak banyakkan komen kat inbox…

  7. mohd joehazlan johari says:

    knp manusia sekarang kejam sesama sendiri..janganlah buat umat2 mcm binatang..kejamnya wahai manusia kejam….

  8. no name says:

    ak sntiasa bbual dgn noralina dasuki ketika dia sdah bgelar bnduan akhir.. klkuannya normal,xpnh buat msalah kt dalam..ada pngkuan..ttp jln ceritanya bbeza, mmg kejam, motif tidak diketahui, mgkin krana cinta kpda khairul juliana jd truhan..smoga dia gunakan sisa hdup ini untuk btaubat..~Al- Fatihah untuk Arwah Juliana..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge