Cerita Lawak Serius! Kisah Mat Rempit Yang Super Power

rempit-lawak-gile.jpg

Cerita Lawak Serius! Kisah Mat Rempit Yang Super Power | Hari ni Dr Fuh nak share satu cerita lawak. Mohon jangan ambil serius kisah lawak ni. Sekadar hiburan dipetang hari. Jom layan cerita lawak ni 🙂

Cerita Lawak Serius! Kisah Mat Rempit Yang Super Power

Johan seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Johan terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Johan telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Johan sehingga tembus ke belakang tengkuk Johan.

Bergegas Pak Mat ayah Johan ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Mat bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Mat: Bagaimana keadaan anak gua doktor?

Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Mat: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?

Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Mat: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?

Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Mat: Oh begitu…. Alhamdulillah selamat anak gua…

Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Mat: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Sumber

Kwang kwang kwang….kepada mat rempit diluar sana, jangan marah yerr..sekadar gurauan 🙂

p?s : gambar diatas cuma sekadar hiasan!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Cerita Lawak Serius! Kisah Mat Rempit Yang Super Power”

  1. nego says:

    hehe lawak yang diolah semula neh..lyn jgak
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  2. vcore says:

    yang ni lawak

  3. sara says:

    Ahahaha lawak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge