Cerita Lawak Anak Nak Kaya Tak??

car-cartoon.gif

Cerita Lawak Anak Nak Kaya Tak??

Cerita Lawak Anak Nak Kaya Tak?? | Puteri terbaca lawak nih kat gempak.org, jadi Puteri kongsikan untuk semua sebelum malam melabuhkan tirainya okeh. Jom Baca cerita lawak nih. Jangan gelak sakan plak kan, mau ada yang mengigau nanti. Baca perlahan-lahan okies..

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

“Anak nak ke mana?”.

Si mamat menjawab ringkas, “KL”

Orang tua itu bertanya lagi,

“Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh”

dan dijawab oleh si mamat tadi

“Ehm… bolehlah.”

Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya,

“Anak nak kaya tak?”

 Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,

“Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot.  Atau nak menguji aku?”

Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?”

Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata,

“Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab,

“Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan.

hehehe..sapa nak kaya? Meh Puteri belanja.. Selamat Malam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Cerita Lawak Anak Nak Kaya Tak??”

  1. Kaya cap yeo’s… Hahahaha. Lawak subuh hari.. 😀
    Aniqbukhary32 recently posted…Photoshoot bersama si kecik (9 gambar)My Profile

  2. Nur Muhammad says:

    wahahaha

  3. World WarZ says:

    Orang tua tu turun kat RnR Pagoh arau utara.. aku rasa dia tentu orang Pancor atau orang Gersik, tak pun orang Bukit ganbiar atau orang Pagoh dan umah dia kat Pagoh Jaya kehkehkeh…
    Kalau tak pun dia agaknye orang Serom Tiga daerah Ledang …
    Yang pasti dia bukan Orang Muar.., sebab orang Melayu Muar tak makan roti sapu kaya kerana orang Melayu Muar makan roti sama keju.. hahaha

  4. vcore says:

    wahahaha sengal

  5. cik Ain says:

    hahahha…. lain kali jawab nak je…
    naya ke pakcik tuh… jangan bersangka buruk dengan orang lain…
    hahahaha

  6. Mazni Azmi says:

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    HAHA APABILA KAYA DISALAH ERTI
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Tapi satu dialog dalam tu memang menarik hati.
    Tak mahu kaya SEBAB TAKUT LUPA DIRI

    Betul ke cara fikir macam ni?
    Kan bagus kalau ramai lagi kaya macam Syeikh bukhari
    Macam Anis Moist Choc Cake

    Lagi banyak peluang kerja dan jutawan orang islam
    Banyak lagi zakat boleh keluarkan.

    Hehe.. dah selalu kena program dari kecil
    Kalau kaya lupa diri

    Lagi best kalau kita programkan anak
    Kalau miskin nanti merempat dibumi sendiri
    =======================================
    JEMPUT BACA TIPS BERKESAN MENGANDUNG DENGAN CERGAS BERTENAGA
    =======================================

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    (\(\
    ( -.-) RING3
    o__(“)(“) DARI MAZNI
    Mazni Azmi recently posted…Fungsi Set Kesuburan Shaklee | Khasiat Lengkap Untuk Suami Dan Isteri Ingin HamilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge