Cara Merawat Demam Campak Bayi

Cara-Merawat-Demam-Campak-Bayi.jpg

Cara Merawat Demam Campak Bayi | Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel “pembersih” dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman. 

Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesemaflu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari

Cara Merawat Demam Campak Bayi

Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot

Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.

INFO CAMPAK

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

BAGAIMANA JANGKITAN AWAL

Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

BERTINDAK SEGERA

Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.

Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada di sisinya.

Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

Bila Demam Kebah?

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

Adakah Ada Komplikasi Sampingan?

Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Kenapa perlu rawatan segera?

*Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Cara Merawat Demam Campak Bayi”

  1. anuar says:

    Terima kasih di atas perkongsian info. . Bila dah tahu nanti senanglah nak buat rawatan demam campak bayi. ..

  2. amir zahari says:

    memng la sgt mudah untuk berjangkit demam campak ni.. baru je kena dari seorang bayi.
    amir zahari recently posted…Ron 95 & Diesel Naik 20 Sen, Stesen Minyak Jadi Sesak Kenapa?My Profile

  3. cik Ain says:

    Terima kasih share kan info yang berguna…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge