Cara Mengenali Barang Daripada Kulit Babi

Cara-Mengenali-Barang-Daripada-Kulit-Babi.jpg

Cara Mengenali Barang Daripada Kulit Babi | Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Barang Daripada Kulit Babi

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Cara Mengenali Barang Daripada Kulit Babi”

  1. Kena ada undang2.. barangan macam kasut/beg atau apa2 yg di buat dari kulit ke asingkan yg halal & non halal tapi tu la perlukan banyak tenaga & masa. Kalau kerajaan prihatin rasanya elok la di buat macam tu dari di habiskan duit pada sesuatu yg tak bermanafaat.
    lekatlekitgurl recently posted…PERBEZAAN PERANGAI NURSE HOSPITAL KULIM DAN SG BULOHMy Profile

  2. kucinghitam says:

    mcm tue ruper nyer nak detect kulit babi

  3. VIMAX2U says:

    kulit babi memang ada segitiga ka
    VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  4. Pingback: USAHA | Fuh.My
  5. Baru tahu, Thankz admin…

  6. Abdul Hafiz says:

    Bolehlah tengok bintik2 ni bila nk beli barang nnti,
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

  7. Howdy this significant other! I want to state that this article is remarkable, great prepared and can include virtually all essential infos. I must see extra posts like that .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge