Burung Bowerbirds Paling Romantik Dan Pandai Menghiasi Sarang

Burung-Bowerbirds-Paling-Romantik-Dan-Pandai-Menghiasi-Sarang.jpg

Burung Bowerbirds Paling Romantik Dan Pandai Menghiasi Sarang | Burung merpati dikenali romantis kerana kesetiaannya , namun ternyata mereka bukan satu – satunya . Ada jenis burung lain yang dikenali lebih romantis iaitu Bowerbirds . jantan dikenali dengan kemampuan seni bina yang tinggi dalam memikat burung betina.

Mereka mampu membuat sarang yang indah dari pelbagai bahan yang ditemuinya untuk menarik burung betina . Tidak hanya ranting atau daun , barangan dari sampah seperti duit syiling , straw , tutup botol hingga serangga kecil juga digunakan sebagai hiasan sarang . Sarang nampak bersih itu disebut Bowers yang biasanya berbentuk U dibina dari ranting dan rumput serta permaidani lumut .

Burung Bowerbirds Paling Romantik Dan Pandai Menghiasi Sarang2

Burung Bowerbirds Paling Romantik Dan Pandai Menghiasi Sarang3

Menariknya , tidak hanya sarang namun juga komplit seperti rumah pada umumnya . Ya , bowers mempunyai pekarangan hingga seluas 5 meter lengkap dengan bumbung jerami dan tiang sokongan . Uniknya lagi , bowerbirds selalu menggunakan warna biru sebagai elemen sarangnya .

Burung Bowerbirds Paling Romantik Dan Pandai Menghiasi Sarang4

Menurut kajian , rupanya burung betina lebih tertarik dengan warna biru yang jarang ditemui di persekitaran mereka . Jika burung jantan boleh mengumpul warna biru maka akan kelihatan lebih menarik . Namun persaingan yang senggit akhirnya sarang yang indah saja tidak cukup dan membuat burung jantan perlu menari untuk menarik perhatian . Biasanya itu dilakukan ketika burung betina melawat sarangnya untuk kedua kali setelah menilai keindahan pembinaan .

Burung Bowerbirds Paling Romantik Dan Pandai Menghiasi Sarang3

Burung Bowerbirds Paling Romantik Dan Pandai Menghiasi Sarang6

Burung Bowerbirds Paling Romantik Dan Pandai Menghiasi Sarang7

Tarian itu berupa mengepakkan sayap disertai gerakan kedepan kebelakang dan siulan yang penuhi bertenaga . Para penyelidik mengatakan bahawa Bowerbirds betina sama seperti manusia dalam memilih burung jantannya . Mereka melakukan penilaian berkali – kali dengan banyak keperluan , termasuk penampilan fizikal dan keindahan sarang .

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “Burung Bowerbirds Paling Romantik Dan Pandai Menghiasi Sarang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge