Bukti Kukuh Gambar Sphinx Diliputi Salji Adalah Palsu

sphinx-diliputi-salji.jpg

Bukti Kukuh Gambar Sphinx Diliputi Salji Adalah Palsu | Assaalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja mengakui mudah tertipu dengan apa yang dikongsi di laman sosial. Sebab tulah Teacher Muja tak suka ditipu kerana Teacher Muja lebih cenderung mempercayainya berbanding untuk mencurigainya.

Sebelum ni Teacher Muja dedahkan tentang gambar piramid diliputi salji palsu. Kali ini Teacher Muja nak dedahkan juga gambar palsu yang disebarkan di laman sosial iaitu gambar Sphinx diliputi salji. Kedua-dua gambar di bawah ini muncul apabila salji turun di Kaherah selepas lebih 100 tahun.

sphinx diliputi salji

gambar sphinx diliputi salji

Gambar yang menunjukkan Sphinx diliputi dengan salji itu tersebar luas di media sosial pada hari Jumaat apabila dunia dikejutkan dengan salji yang turun di Mesir selepar bertahun-tahun. Walaubagaimanapun, ternyata kedua-dua gambar itu adalah palsu.
Yang  sebenarnya, Sphinx di dalam gambar itu adalah model miniatur di taman tema Tobu World Square di Jepun yang diposkan pada 14 Disember 2013.
gambar model miniatur sphinx
Taman tema tersebut juga mempunyai beberapa model replika lain termasuklah Lapangan Terbang Narita, Pyramid Mesir dan Versailles.
replika di tobu world square theme
Kesimpulannya, apa yang kita nampak seperti benar dengan mata sendiri juga berkemungkinan besar adalah tidak benar. Mata sendiri pun boleh menipu, apatah lagi orang lain. Teacher Muja harap tidak berlaku lagi perkara begini yang mungkin ada kesan negatif yang kita tidak tahu kewujudannya. Moga tiadalah. Wassalaam.
The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Bukti Kukuh Gambar Sphinx Diliputi Salji Adalah Palsu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge