Budak Perempuan 14 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir 8 Lelaki

dirogol-bergilir-gilir.jpg

Budak Perempuan 14 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir 8 Lelaki | MARAN – Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang elektrik di kawasan semak berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan.

Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.

Seorang daripada mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian di atas susunan tiang elektrik, manakala rakan mangsa dikurung dalam kereta salah seorang lelaki terbabit.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal di sebuah tanah rancangan Felda dalam daerah ini keluar dari rumah masing-masing seawal jam 1 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Kedua mangsa dikatakan mahu ke rumah teman lelaki salah seorang daripada mereka di Temerloh, namun tidak mempunyai kenderaan sebelum menghubungi seorang rakan lelaki (suspek) untuk meminta pertolongan.

Selepas diambil dengan menaiki sebuah kenderaan, lelaki yang membantu mereka itu berhenti di sebuah stesen minyak berdekatan lokasi kejadian untuk berjumpa dengan rakan suspek lain.

Mangsa kemudiannya dibawa ke lokasi kejadian sebelum salah seorang daripada mereka dirogol bergilir-gilir dipercayai membabitkan lapan lelaki tidak dikenali.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, pemeriksaan kesihatan mengesahkan salah seorang daripada remaja malang itu dirogol bergilir-gilir.

Menurutnya, tiga suspek berusia 16 hingga 19 tahun berjaya ditahan untuk membantu siasatan manakala rakan mereka yang lain sedang diburu pihak polis.

Sinar Harian

Dr Fuh – Mashaa Allah! Tiap-tiap hari ada sahaja kes jenayah melibatkan rogol-merogol ni. Orang dah tak takut dengan undang-undang ciptaan manusia ni. Yang budak peremppuan ni pon satu hal. Keluar rumah pukul 1 pagi? Tanpa pengetahuan mak bapak? Nak salahkan sapa ni?? Mintak diajuhkan la dari keluarga kita. Nauzubillah

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “Budak Perempuan 14 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir 8 Lelaki”

  1. syeela says:

    hmmm tu makan dia. tp kesian la jgk. wahai gadis2 jaga lah kehormatan anda, skrg ni x pyh nk kapel2 la. kapel ni blh dpt penyakit. pnyakit hati.. x guna laki setann mcm ni. kecik2 x nk mampos da besar menyusahkan org

  2. yangbaik says:

    semoga mereka semua diberi kesedaran dan peringatan buat anak2 gadis di luar sana.

    utamakan ibu bapa …
    yangbaik recently posted…Saya sedang berpuasaMy Profile

  3. phat says:

    bende dah nak jadi..tp yg remaja tu p keluar ke rumah balak kul 1 pagi menjadi persoalan..
    phat recently posted…Kate Middleton dan Putera William Dapat Bayi LelakiMy Profile

  4. gial kentang. babi pun tak rogol secara beramai-ramai
    Carlos Santiago recently posted…BAN Seks – Persatuan “HOT MAMA” Dan Operasinya Ke Neraka JahanamMy Profile

  5. nego says:

    biasenya da kena baru insaf,apela nasib
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  6. boleh tak remaja-remaja sekarang nie lebih berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati semata-mata…takut kejadian begini makin menular…jangan sesekali percaya dengan orang yang tak dikenali…
    Kisah Si Dairy recently posted…Alasan Yang tak Munasabah Di berikanMy Profile

  7. blogbob says:

    perkara macam ni ,punca terjadinya pun remaja pompuan,percaya sangat pada teman lelaki untuk berjumpa,dan cepat sangat menjalin cinta diwaktu yang sangat muda,walhal mereka sepatutnya lebih sekali menumpukan pada pelajaran bukan berpasangan pada waktu umur muda macam ni,bila dah terjadi perkara macam ni ,hendak menyalahkan ibu bapa dan orang lain sudah tak berguna lagi,sampai bila2 pun orang akan berkata remaja tadi sang dara dah ditebuk tupai,,malah silapharibulan si remaja tadi akan melakukan perkara diluar batasan yakni hilang pedoman,jadi sepatutnya remaja yang membesar yang dikurnikan oleh allah akal yang panjang boleh mengenal baik dan buruk perilaku dan perlakuan mereka

  8. halim says:

    Diorg tu memantat betina tu puki gatal tapi dah jumpa dek polis tgk bawah umur mmglah cas rogol rela ke paksa memang undg malaysia mcm tu undg ciptaan permpan dan ngo wanita ni duk memekak tiap2 hari

  9. Yan Ty says:

    middle of the night? motip??
    Yan Ty recently posted…Iftar di Ulam Cafe , Kenanga Wholesale CityMy Profile

  10. kasihan dye hm npe owg sekarang wat wanita mcm tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge