Budak Jumpa Nenek Di Syurga Hidup Semula

Budak-Jumpa-Nenek-Di-Syurga-Hidup-Semula.jpg

Budak Jumpa Nenek Di Syurga Hidup Semula | Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun secara ajaib hidup kembali setelah disahkan meninggal lebih dari tiga jam.

Kanak-kanak itu mengaku bertemu neneknya di syurga ketika dirinya sedang nazak.Kanak-kanak bernama Paul dibawa melalui udara ke hospital di Berlin, Jerman, setelah dirinya terjatuh ke dalam gaung di rumah neneknya di Lychen, sebelah Utara Berlin. Doktor yang itu menangani kes itu, berputus asa untuk menyelamatkannya.

Namun setelah tiga jam dan 18 minit, jantung Paul kembali berdegup dan dia pun hidup kembali. Seorang doktor yang menyaksikan kejadian itu mengaku takjub dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika itu.

“Saya tidak pernah mengalami hal seperti ini,” menurut doktor yang menangani kes budak ajaib itu, Lothar Schweigerer. “Normalnya ketika budak kecil tenggelam di dalam air selama beberapa menit, tipis kemungkinannya untuk selamat,”kata doktor itu.

Sementara kanak-kanak tersebut mengaku dirinya bertemu dengan neneknya yang sudah lama meninggal, ketika ditanya oleh kedua orang tuanya. “Aku bertemu dengan nenek Emmi di syurga. Dia menyuruhku kembali secepat mungkin,” kata budak tersebut.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge