Akhirnya!! Bonus Dua Kali Sebelum Raya 2013. Confirm!!

bonus-raya-20131.jpg

Akhirnya!! Bonus Dua Kali Sebelum Raya 2013. Confirm!! | Nampaknya harapan kita untuk mendapat bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri 2013 semakin hampir menjadi kenyataan. Cuma tunggu masa dan waktunya sahaja. Alhamdulillah bukan setengah bulan seperti yang diwar-warkan, tapi lebih lagi dari itu.

Sungguhpun begitu, bonus ini bukan diberikan buat semua, ada syarat dan terma perlu dipenuhi, kalau tidak bonus yang akan anda dapat tidak akan ada rasa nikmatnya. Hanya yang benar-benar mahu mendapatkan bonus ini sahaja yang akan dikurniakan bonus terhebat tahun ini.

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

  1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
  2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
  3. Dibayar tahun ini juga.
  4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
  5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
  6. Pemberian bonus bersyarat dan mengikut terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

  1. Bonus pertama berupa Malam Lailatul Qadar yang tidak terdapat dalam mana-mana bulan.
  2. Bonus kedua merupakan Hari Kemenangan buat mereka yang telah melakukan ibadah puasa Ramadan dengan penuh dan cekal, khusyuk dan tawaduq.
  3. Mestilah memperhebatkan amalan ibadah di malam-malam 10 terakhir seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
  4. Dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah S.W.T sebagai seorang hamba.
  5. Semua pembayaran bonus adalah tertakluk kepada kehendak Allah S.W.T kerana Dialah Yang Memberi dan Maha Mengetahui.

Bonus inihanya untuk orang berpuasa dan yang mencari malam Lailatul Qadar sahaja. Kejar jangan tak kejar! Asyik dok kira duit je kan?Sesekali cuba hitung agak-agak dah banyak mana pahala yang kita dah buat? Cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus-bonus berupa wang ringgit selama ni? Renung-renungkan 🙂

Maka, mari rebut pemberian bonus puasa bulan Ramadan ini, yang mungkin akan menjadi kali terakhir buat kita tahun ini. Kalau tidak sekarang, bila lagi kita mahu dapatkan habuan penuh hebat daripada Allah S.W.T.

Semoga yang baik itu akan disebarkan, dan yang buruk itu kita simpan untuk jadikan pengajaran di hari mendatang.

Dr Fuh – Sama-sama kita terus istiqamah melakukan ibadah terutamanya dimalah hari untuk mendapat Bonus Puasa Ramadhan 2013 ini. In Shaa Allah. Jangan dok harap Bonus Raya 2013 Kakitangan Kerajaan ja :p

Sumber Asal 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Akhirnya!! Bonus Dua Kali Sebelum Raya 2013. Confirm!!”

  1. hafiz says:

    Betul tu, kejar bonus ini lebih baik
    hafiz recently posted…Khasiat kurmaMy Profile

  2. Katak Comel says:

    terbaek bro!
    wa tertipu..
    ahaha
    Katak Comel recently posted…Harga Rokok Akan Dinaikkan Kepada RM16 SekotakMy Profile

  3. Atiqa anuar says:

    Bonus Dunia Akhirat. nice entry. betul bonus ni paling nikmat didunia 🙂 setahun sekali dapat lailatuqadar 🙂
    Atiqa anuar recently posted…Ceritera Gambar Lawak : English Vs KelantanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge