Biodata Iblis Laknatullah Yang Mesti Anda Tahu!

syaitan-goda-manusia.jpg

Biodata Iblis Laknatullah Yang Mesti Anda Tahu! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsikan. Sama-sama kita baca dan renungi.

Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH

Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap: Neraka jahanam

Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH

Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH

Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus

Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib: Anak-anak Adam

Motto kerja: ‘Hipokrasi asas akhlak’

Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar

Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo: Sebarang tatu

Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat

Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam

Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH

Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran

Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.

Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH

Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya

Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak

Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala

Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina

Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya

Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT

Dipetik dari detikislam.blogspot.com

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Biodata Iblis Laknatullah Yang Mesti Anda Tahu!”

  1. kebaya merah says:

    info yang menarik. Serba ringkas untuk pemahaman umat islam dalam mengenali syaitan iblis ini. jangan dijadikan kawan kerana ia musuh bagi umat islam…
    kebaya merah recently posted…Disebalik langit malam-Bahagian 1.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge