BINATANG!! Nenek Dan 2 Cucu Ditemui Mati Dibunuh Dengan Kejam

3-beranak-mati-dibunuh-kejam.jpg

BINATANG!! Nenek Dan 2 Cucu Ditemui Mati Dibunuh Dengan Kejam | Fuh!! Memang kejam dah tak berhati perut betul manusia sekarang ni. Seorang nenek yang tidak mempunya kudrat dan 2 orang cucunya yang salah seorang belum lagi mengenal dunia sepenuhnya dibunuh dengan kejam oleh seekor bangsat!

DENGKIL – Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, di sini hari ini.

BINATANG!! Nenek Dan 2 Cucu Ditemui Mati Dibunuh Dengan Kejam. Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari ini, nenek berumur 64 tahun itu ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala cucu perempuannya berusia dua tahun dikelar di leher.

“Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat iaitu di ruang tamu (nenek), dapur (cucu lelaki) dan bilik (kanak-kanak) di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa berumur tujuh tahun yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.

“Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun dan pergelutan dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan serta menyiasat motif kejadian.

Katanya individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan di talian 03-8772422 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang jiran yang hanya dikenali sebagai Mas Ayu, 27, berkata kira-kira pukul 11 pagi, beliau terdengar bunyi bising dari rumah itu dan meninjau persekitaran namun tiada sebarang perkara yang dilihat mencurigakan.

“Sekitar rumah pun dilihat tiada kenderaan yang mencurigakan dan saya fikir itu pergaduhan biasa kerana sepanjang saya mengenali mereka, dilihat tiada sebarang masalah,” katanya. – Bernama

Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “BINATANG!! Nenek Dan 2 Cucu Ditemui Mati Dibunuh Dengan Kejam”

  1. kes bunuh menunuh sekarang sudah jadi mainan dekat Malaysia
    blogger lelaki recently posted…Sambutan Ambang Kemerdekaan 1957My Profile

  2. vcore says:

    malaysia makin tak aman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge