Biar Betul!! Doktor Kata Wanita Ini Akan Mati Jika Makan Buah. Kenapakah?

biar-betul.jpg

Biar Betul!! Doktor Kata Wanita Ini Akan Mati Jika Makan Buah? | Seperti yang dimaklumkan doktor, kita amat disarankan supaya sentiasa mengambil buah-buahan sebagai makanan rutin. Namun saranan itu tidak boleh diberikan kepada seorang wanita ini. Wanita yang dikenali sebagai Charlotte Jefferson ini, telah dimaklumkan doktor bahawa buah yang dimakannya boleh menyebabkan dirinya akan mati atau dalam erti kata lain jatuh sakit. Difahamkan larangan untuk memakan buah adalah disebabkan Charlotte Jefferson mengalami alahan luar biasa yang membuatkan dirinya tidak mengambil buah-buahan.

Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.

Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.

Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.

Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.

Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.

Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.

“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.

Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.

“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya. – kisahbest

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Biar Betul!! Doktor Kata Wanita Ini Akan Mati Jika Makan Buah. Kenapakah?”

  1. Kesiannya dia.. susah dia nak enjoy dalam makanan.. pelik2 je penyakit sekarang. Agaknya dia ni takkan makan benda2 yang jual tepi jalan la kot

    Terbaik >>Untuk Mereka Yang Tak Mampu Beli iPhone 5 @ Samsung S4. Miliki Secara Percuma Sekarang
    Gadget >>Harus Tahu Pasal Produk Acer Sebelum Nak Beli
    suria lekatlekit recently posted…MEROYAN YANG SEBENAR PATUT KORANG TAHUMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Hurmm.. Betol tu.. Kesian pulak.. Nikmat makannya kena tarik… Istighfar byk2 bagi kita orang Islam supaya penyakit tersebut tak terjadi pada kita…
      Ummar Farouk recently posted…Kenapa Kempen Tak Nak Merokok Masih Belum Berkesan?My Profile

  2. tapi benda lain dia masih boleh makan… mujurlah

  3. Atiqa anuar says:

    mungkin dalam perut dia enzyme untuk cerna buah tade kot.
    Atiqa anuar recently posted…Review Product : Juliana Francoise BB White Serum From HiShopMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge