Berita Tergempar!! Penyamun Maut Ditembak Tan Sri

berita-tergempar-jenayah.jpg

Berita Tergempar

Penyamun Maut Ditembak Tan Sri | KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati ditembak seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dalam kejadian samun di sebuah poliklinik di Taman Pertama, Cheras malam tadi.

Suspek yang berusia linkungan 20-an itu mati di tempat kejadian akibat ditembak di bahagian lutut, perut serta pinggul.

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP, Mohan Singh Tara Singh berkata kejadian berlaku kira-kira pada 9.50 malam apabila Tan Sri itu yang kebetulan sedang mendapatkan rawatan di poliklinik berkenaan turut disamun suspek dan dua rakannya.

“Salah seorang suspek dilaporkan menolak dan menghayunkan parang ke arah Tan Sri berkenaan. Akibat tindakan itu beliau luka di kulit perutnya. Namun beliau sempat mengeluarkan senjata api miliknya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah ketiga-tiga suspek.

“Dua suspek yang selamat itu kemudiannya melarikan diri tetapi salah seorang daripada mereka didapati rebah di atas jalan raya kira-kira 30 meter daripada poliklinik tersebut, namun berjaya melarikan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Polis percaya terdapat seorang lagi rakan suspek yang menunggu di luar poliklinik itu semasa kejadian dan turut melarikan diri.

Polis menemui sebilah parang, empat kelongsong peluru dan sebuah kereta jenis Nissan Latio yang dilaporkan hilang di Taman Mahkota, Batu 9, Kajang pada 3 Julai lepas, di tempat kejadian.

“Kami percaya kumpulan ini banyak melakukan samun ke atas klinik dan outlet yang beroperasi sehingga lewat malam dan 24 jam seperti 7-Eleven. Kita akan mengesan tiga lagi suspek tersebut yang berjaya melarikan diri.

“Kita percaya ada antara mereka yang cedera akibat tembakan yang dilepaskan Tan Sri berkenaan dan sedang mendapatkan rawatan di pusat perubatan atau hospital,” kata Mohan Singh.

Beliau meminta mana-mana institusi perubatan supaya melaporkan kepada pihak polis jika terdapat orang yang mencurigakan datang untuk mendapatkan rawatan. – Bernama

Dr Fuh – Kan dah bertemu ruas. Nasib lahhh! Semoga yang lagi 3 ekor penyamun tersebut dapat diberkas dengan segera. Kami rakyat Malaysia dalam keadaan ketakutan berikutan kes jenayah semakin meningkat dari hari kehari.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

5 thoughts on “Berita Tergempar!! Penyamun Maut Ditembak Tan Sri”

  1. spesis penyamun ni sentiasa ada junior yang bakal mewarisi mereka.. bunuh satu 5 lagi tengah kursus. Kenapalah memilih kerjaya menyamun.. risiko tinggi.. kerja pun susah. mana ada senang.. dah kena tembak mati tak sempat taubat
    lekatlekitgurl recently posted…EPISOD AKHIR TEDUHAN KASIH.. BALASAN AYU TAK CUKUP AZABMy Profile

  2. kucinghitam says:

    gila la tan sri nie hahaha xpyh tunggu polis terus tembak
    kucinghitam recently posted…TREND SOLEKAN FESYEN GANGURO DI JEPUNMy Profile

  3. hindu says:

    perompak 4 org tu berbangsa india hindu paria,umur lingkingan 18,20an , mereka rompak duit n barang kemas lebih rm5000,tan sri tu dah tua umur 60an,bagus2 tembak jer n siksa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge