Bergadai nyawa untuk jumpa ibu bapa

image-4.jpg

BEIJING – CHINA. Dua orang kanak-kanak nekad menyorok di bawah sebuah bas dan ‘menumpang’ kenderaan itu sejauh 90 kilometer semata-mata untuk berjumpa dengan ibu bapa mereka.

Menurut laporan Shanghaiist, kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun itu ditinggalkan ibu bapa mereka di rumah terpencil di sebuah kampung di barat Guanxi untuk pergi ke bandar mencari kerja.

Khamis lalu, kedua-dua kanak-kanak terbabit ponteng sekolah dan pergi ke stesen bas dan bersembunyi di bawah sebuah bas.

Foto sumber shanhaiist/Chinanews.com

Selepas menempuh perjalanan sejauh 90 kilometer selama tiga jam, bas itu berhenti di sebuah stesen dan pihak sekuriti menemui kedua-dua mangsa yang sedang bersembunyi.

Mereka diselaputi lumpur namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kata mangsa, ibu bapa mereka bekerja di Guangdong tetapi tidak tahu secara terperinci lokasinya.

Pihak berkuasa kemudian menelefon sekolah mangsa dan kedua-dua kanak-kanak tersebut dibawa pulang ke Guanxi.

Foto sumber shanhaiist/Chinanews.com

 

Laporan kejadian itu yang tersebar di laman sosial telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kata pelayar laman sosial, pembangunan diabaikan di kawasan luar bandar dan kemiskinan yang berleluasa, antara sebab kejadian tersebut berlaku.

Foto sumber shanhaiist/Chinanews.com

Sumber

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge