Bayi Seminggu Ditinggalkan Dalam Bakul

buang-bayi.jpg

Bayi Seminggu Ditinggalkan Dalam Bakul | Lagi kes buang bayi dilaporkan. Haritu bayi ditinggal di surau hospital, kali ni seorang bayi berumur lebih kurang tujuh hari ditinggalkan di dalam bakul di hadapan sebuah rumah. Baca laporan penuh dibawah yang dipetik dari akhbar Sinar Harian

Bayi Seminggu Ditinggalkan Dalam Bakul

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan dipercayai berusia seminggu, ditemui ditinggalkan dalam bakul yang diletakkan hadapan rumah seorang lelaki di Jalan Camar, Taman Perling, di sini, pagi semalam.

Bayi itu ditemui kira-kira jam 5.30 pagi oleh Lee Nyang Puang, 59, yang terjaga dari tidur selepas terdengar pintu rumahnya diketuk beberapa kali sebelum melaporkan penemuan bayi terbabit kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Bayi terbabit dibawa ke balai polis oleh lelaki yang menemuinya dan hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui sekeping nota bersama bayi berkenaan dipercayai ditulis oleh ibu bayi terbabit.

“Nota itu antaranya tertulis nama ibu bayi terbabit, tarikh lahir bayi itu selain meminta jasa baik lelaki berkenaan supaya menjaga bayi terbabit seperti anaknya sendiri,” katanya, di sini, semalam.

Eng Lai berkata, selain nota, pihaknya turut menemui bekas susu berjenama Novalac, botol susu dan dua termos air di sebalik selimut yang menyelimuti bayi berkenaan.

“Berdasarkan nota itu lagi, wanita yang melahirkan bayi itu berasal dari Sabah dan mendakwa ditinggalkan teman lelakinya yang juga ayah kepada bayi itu.

“Oleh itu, kita akan siasat secara menyeluruh bagi mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan,” katanya.

Justeru, Eng Lai memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes terbabit supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sumber

Hmm. Kenapa ye agaknya bayi yang baru berusia 7 hari dibuang oleh ibu kandungnya sendiri?Adakah kerana kesempitan hidup atau adakah kerana…hmmm..Wallahualam..

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

7 thoughts on “Bayi Seminggu Ditinggalkan Dalam Bakul”

  1. lisa says:

    xde maknenye kesempitan hidup! kt malaysia ni blm ade lagi kes org mati x makan! kbanyakan mati tlebih makan!

  2. sayidah says:

    banyak punca berlaku kejadian mcm ni.mungkin juga kurang didikan agama.
    sayidah recently posted…RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT.My Profile

    1. yup! bg saya itulah punca utama sbb mana ada agama yg suh buat benda x elok nie,
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  3. Yan Ty says:

    Subhanallah , kejam nya! Brainless.
    Yan Ty recently posted…Bantu Dan Doakan Adik Muhammad Syakir AmsyarMy Profile

  4. Maybe x sedia nak jadi mak tu.. kesian anak yg x berdosa.. 🙁

  5. vcore says:

    manusia makin kejam!

Leave a Reply to sayidah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge