Bapa Durjana Jadikan Anak Pemua Nafsu Sejak Umur 10 Tahun

bapa-durjana.jpg

Bapa Durjana Jadikan Anak Pemua Nafsu Sejak Umur 10 Tahun | KUALA TERENGGANU – Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Mangsa yang belajar di sebuah sekolah asrama akan pulang ke rumah neneknya setiap dua minggu bagi menghabiskan cuti hujung minggu, sementara ibunya menetap di Wakaf Tapai, Marang kerana bekerja di sana.

“Semasa itulah, suspek ambil kesempatan mengajak mangsa bermalam di kebun tempat dia bekerja tidak jauh dari rumah nenek sebelum melakukan perbuatan terkutuk tanpa kerelaan mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, disebabkan terlalu takut, mangsa hanya membiarkan suspek yang turut memiliki dua isteri itu melakukan perbuatan jijik itu terhadap dirinya buat sekian kalinya.

“Sebaik melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah ibu yang juga nenek mangsa pada keesokan harinya,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang trauma mula menunjukkan perubahan sikap dengan sering menjauhkan diri, serta dilihat sentiasa berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengan suspek dan disedari ibu saudaranya sebelum memaklumkan kepada ibunya.

“Sejurus menerima berita itu, ibu mangsa berusia 30-an segera ke sekolah untuk berjumpa mangsa dan selepas puas dipujuk, barulah mangsa berani membuka mulut menceritakan kejadian sebenar.

“Mangsa turut mendakwa menjadi pemuas nafsu bapanya sejak berusia 10 tahun lagi, dan hanya berdiam diri kerana bimbang akan diapa-apakan bapanya yang sering mengugut akan memukul dan bertindak lebih kasar jika dia menceritakan kepada ibunya,” katanya.

Terkejut dengan pendedahan mangsa, ibu mangsa yang juga isteri pertama suspek membuat laporan polis pada 23 September lalu sebelum suspek ditahan di rumah isteri keduanya di Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 11.10 pagi, kelmarin.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Bapa Durjana Jadikan Anak Pemua Nafsu Sejak Umur 10 Tahun”

  1. kucinghitam says:

    kalau dah nafsu binantang ka mmg xleh nak buat apa
    kucinghitam recently posted…AYAM MASAK MERAH PUNCA KERACUNAN DI YANMy Profile

  2. syeela says:

    pegi la puaskn nafsu dgn pelacur byr 30rgt pon ade -.-

  3. amir zahari says:

    Manusia takde akal.. tak rasa bapak dia ni cukup solat 5 waktu..
    amir zahari recently posted…Silence Day Of Wednesday #33 – Tanjung Biru, Port DicksonMy Profile

  4. katanajeeb says:

    tak guna punya jantan…. siaplah ko duk kat penjara tu.. harap-harap kena rogol hari-hari selama 10 tahun jugak….. phuuiii…!
    katanajeeb recently posted…Di Sebalik Kisah Sarapan VVIP RM6,000.00My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge