Bahayanya Tidur Secara Berlebihan

cara-mendapatkan-kualita-tidur.jpg

Bahayanya Tidur Secara Berlebihan | Tidur merupakan perkara yang paling seronok dilakukan. Jika tidak tidur sehari, badan kita akan rasa berlainan. Tidur yang dianjurkan kepada kita semua hanyalah selama lapan jam paling lama. Itu pun paling lama. Biasanya kita tidur dalam enam jam. Dan jika kita tidur berlebihan akan menyebabkan badan kita pula sakit-sakit.

Artikel yang dipetik daripada kompas.com mengenai bahaya terlebih tidur.

Tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh. Kurang tidur diketahui berakibat buruk pada kepekatan, daya analisis, kreativiti, hingga mencetuskan timbulnya berbagai penyakit.

Agar tidak kurang tidur, para pakar mengesyorkan untuk tidur tidak kurang daripada enam jam setiap harinya. Hanya saja, di balik manfaatnya yang melimpah, tidur pun menyimpan risiko kesihatan saat dilakukan secara berlebihan.

Bahayanya Tidur Secara Berlebihan

Inilah beberapa alasan kenapa kita tidak boleh tidur berlebihan.

1. Diabetes – Beberapa kajian menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung untuk membangunkan penyakit diabetes. Terlebih, saat mempunyai riwayat penyakit ini dari orang tuanya.

2. Penyakit jantung – Jika terbiasa tidur lebih daripada lapan jam setiap harinya, maka anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menderita penyakit jantung. Menurut beberapa penyelidik, tidur sekitar 9-12 jam sehari merupakan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

3. Cepat lupa – Ya, tidur baik untuk pembentukan ingatan. Namun tidur lebih dari 8-9 jam sehari justru memberikan kesan yang sebaliknya. Tidur berlebihan melambatkan fungsi sel otak yang menunjukkan tanda-tanda kepikunan.

4. Kemurungan – Banyak kajian yang mempelajari masalah ini. Beberapa di antaranya menyatakan, pesakit kemurungan cenderung tidur lebih lama daripada orang umumnya. Yang lebih buruk lagi, tidur berlebihan dikatakan memburukkan keadaan tersebut.

5. Sakit belakang – Orang yang tidur berlebihan cenderung untuk mengalami sakit belakang lebih kerap daripada orang yang tidak. Kecuali, mereka tidur di katil khusus yang sudah disesuaikan.

6. Obesiti – Semasa tidur, metabolisme berjalan lebih lambat sehingga jika dilakukan berlebihan, cepat atau lambat anda pun terancam mengalami obesiti. Menurut kajian, mereka yang tidur berlebihan mempunyai risiko 21 peratus lebih tinggi untuk terkena obesiti berbanding orang yang tidur normal.

7. Kematian – Walaupun belum ada alasan ilmiah, tetapi banyak kajian menunjukkan tidur berlebihan berkaitan dengan tingginya risiko kematian.

8. Menjadi kurang menarik – Terlalu banyak tidur juga mempengaruhi kehidupan sosial anda. Saat menghabiskan terlalu banyak masa untuk tidur, anda cenderung untuk melewatkan banyak aktiviti sosial sehingga mungkin sedikit banyak mengurangkan daya tarikan anda.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

6 thoughts on “Bahayanya Tidur Secara Berlebihan”

  1. Yana Sakura says:

    Ermm..bahaya jugak ea..huhu..hope lepas nie dpt la mantainkan waktu tido sbyk 5 jam sehari.. =)
    Yana Sakura recently posted…Tidak Sengaja Belasah Isteri Kata Kau???My Profile

  2. Yana says:

    Alhamdulillah
    Slalu tido dalam 3-5jam sehari kerana tanggungjawab seorang ibu melebihi kehendak untuk tido 🙂

    1. Ok la tu kak.. saya semenjak sambung study nie, kekadang sehari tu 2, 3 jam sehari tdo.. penah tbaca kurang tdo pun dpt penyakit jg… alahai
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  3. Cik Nurani says:

    wah, bagus info nie. thanx admins 🙂

  4. Arissa says:

    Ok lah ni info ni.. Harap ramai yg bca

  5. World WarZ says:

    Kalau tido secara berlebih lebihan maka bila masa kita nak solat.. miss waktu.

    Tapi leh tanye maksud tido secara berlebihan tu berapa jam dan diwaktu bila.
    Tido secara berterusan dalam kadaan lama atau bersambung sambung.
    Maksud.. bangun dari tido makan kemudian sambung tido semula kemudian bangun semula makan relek 3-4 jam kemudian sambung tido semula.., begitu ke..
    atau
    Tido dari jam 9.30-10.00 malam dan bangun kul 6 pagi .. dan kalau ini yang dikatakan tido secara berlebehan maka tentu kajian diatas tidak tepat.
    Sebab..
    Di antara kebaikan cukup tidur ialah:
    1. Jantung sihat
    Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.
    2. Mencegah kanser
    Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.
    3. Kurangkan stres
    Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.
    4. Kurangkan keradangan
    Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya.
    5. Menyegarkan badan
    Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian.
    6. Menguatkan ingatan
    Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang. Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik.
    7. Membantu menurunkan berat badan
    Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.
    8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif
    Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan dalam Islam kerana ini adalah amalan sunnah Rasullulah SAW sejak 1434 tahun yang lalu, bagi mengembalikan tenaga.
    Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.” (HR Ibnu Abbas)
    Sejak kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat keberkesanannya, contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang dewasa yang tidur sebentar waktu siang beberapa hari seminggu dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit jantung. Tidur sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap waktu siang seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam.
    9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)
    Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam.
    10. Membantu memperbaiki sistem badan
    Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau memperbaiki sel-sel yang rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge