Bagaimana Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur ?

Kubur.jpg

Bagaimana Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur ?Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”

Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”

Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”

SUMBER

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

16 thoughts on “Bagaimana Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur ?”

  1. sesungguh ilmu untuk kematian bukan utk di hafal semata2.. kerana di alam kubur apa yg kita hafal belum tentu kita ingat tp apa yg kita amal itulah yang menjadi bekalan
    lekatlekitgurl recently posted…BUDAK 8 TAHUN MAUT MALAM PERTAMA PERKAHWINANMy Profile

  2. lahabau says:

    cuba bayangkan korang tetiba hidup semula lepas ditanam…agak2 org dgr tak kalo jerit dari dalam kubur…

  3. peringatan untuk kita menghadapi mati
    blogger lelaki recently posted…Cara Menarik Trafik ke Blog BaruMy Profile

    1. Yup. Sesungguhnya orang yg bijak ialah org yang banyak mengingati mati…
      Aniqbukhary32 recently posted…Cara mudah mendapat pahala selepas meninggal duniaMy Profile

  4. amir zahari says:

    mengingati mati patutnya dijadikan guidline kita tiap2 hari..
    amir zahari recently posted…HasrulHassan – Tips Pengiklanan Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  5. hadifahmy says:

    ilmu yg bermanfaat 🙂

  6. Ezad Skytech says:

    hidup ni bukan selama-lamanya…sebab tu kita kena mengingati pasal mati…
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  7. kucinghitam says:

    thanks for info berguna sangat nie

  8. JOBS VIEW says:

    subhanallah..betapa peritnya alam kubur jika kita terpesong iman di dunia..
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) [UPDATE 11OCT2013]My Profile

  9. Orang yg bijak ialah org yg banyak mengingati mati….
    Aniqbukhary32 recently posted…Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 2)My Profile

  10. kucinghitam says:

    orang selalu lupa mati itu adalah kepastian

  11. Obat Kuat says:

    Semoga kita semua wafatnya membawa amal yag banyak.
    Amin…!!!
    Obat Kuat recently posted…Obat Kuat Pria Cialis 50mg TadalafilMy Profile

  12. My Website says:

    I truly do concur with the many principles you may have introduced as part of your posting. They’re pretty persuading and will undoubtedly perform. On the other hand, the actual discussions are certainly swift for novices. Might you desire stretch them slightly by the very next time? Wanted article.

  13. Kita Semua Camat, Calon Mati
    Kemeja Pria Slim Fit recently posted…Jual Kemeja Pria Branded Original Biru – LNG 949My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge