Atasi Sembelit Dengan 9 Jenis Makanan Ini

sembelit.jpg

Atasi Sembelit Dengan 9 Jenis Makanan Ini

Atasi Sembelit Dengan 9 Jenis Makanan Ini | Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua, Kadang-kadang kalau puteri tak cukup minum air, mesti sistem penghadamn tak berapa nak lawas. Sebab itu lah sembelit terjadi. Hari nih Puteri nak kongsikan cara nak atasi sembelit dengan 9 jenis makanan yang sangat mudah kita dapati di kedai, pasar mahupun di pasaraya.

Sebelum tuh, apakah sebenarnya sembelit nih? Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Individu yang mengalami sembelit akan menghadapi kesukaran untuk membuang air besar. Masalah ini timbul berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya, makanan yang dimakan tidak di hadam dengan baik, kurang makan buah, sayur dan kurang minum air.

Sekiranya masalah ini dibiarkan, kesan yang lebih buruk mungkin akan dihadapi oleh individu tersebut seperti buang air berdarah atau lebih sinonim dipanggil buasir. Berikut disenaraikan 9 jenis makanan yang boleh atasi masalah ini.

<img class="size-medium wp-image-3900 aligncenter" alt="Atasi Sembelit Dengan 9 Jenis Makanan Ini ” src=”http://fuh.com.my/wp-content/uploads/2013/08/Kebaikan-Buah-Betik-300×234.jpg” width=”300″ height=”234″ />

1. Betik

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit. Cuba ini: Punch buah-buahan perdana

2. Strawberi
Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.

3. Cincau
Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser. Cuba ini: Bandung cincau

Atasi Sembelit Dengan 9 Jenis Makanan Ini

4. Timun
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.
Mesti cuba: Salad Pudina Timun

5. Kucai
Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Mesti Cuba: Telur goreng hancur ala cina

6. Pisang
Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat. Cuba ini: Pengat pisang.

Atasi Sembelit Dengan 9 Jenis Makanan Ini

7. Temulawak
Sembelit juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza. Caranya:

1. Ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temu lawak.
2. Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan tadi ke dalam gelas.
4. Jika mahu, biarkan ia suam seketika dan minumlah secara perlahan-lahan.

Sehari sekurang-kurangnya boleh diminum sebanyak dua hingga tiga kali. Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah.

8. Ciku
Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.

9. Lobak Merah
Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.
Cuba ini: Kerabu epal hijau lobak merah

SELAMAT MENCUBA!

SUMBER 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Atasi Sembelit Dengan 9 Jenis Makanan Ini”

  1. nice sharing..
    Kisah Si Dairy recently posted…Bagaimana Caranya -Mohon BantuanMy Profile

  2. X Lupa says:

    info terbaik.. coz sembelit td
    X Lupa recently posted…Wanita Lumpuh Selepas Dicium Di LeherMy Profile

    1. puteri says:

      huhu.. cuba try test @x lupa.. 😉

  3. kucinghitam says:

    selalu makan betik ngn pisang jer kalo sembelit
    kucinghitam recently posted…DAH DAPAT KAD RAYA YEAY!!My Profile

    1. puteri says:

      betik tuh sedap.. erkk.. terliur plak..=.=”

  4. sayidah says:

    tak pernah dgr temulawak tu.hehe
    sayidah recently posted…MOGA BERBAHAGIA CIKGU!My Profile

    1. puteri says:

      @sayidah: temulawak banyak belah2 indonesia.. sini susah skit nak jumpa 🙂

  5. Yan Ty says:

    Semua mam , tapi not each and everyday. Certain time. And bila makan , yes it works.
    Yan Ty recently posted…Restoran Kapitan Keling , PenangMy Profile

  6. cik siti says:

    cik siti slalu mkn betik ja…
    cik siti recently posted…KEMALANGAN : anggota tentera dengan polisMy Profile

  7. amir zahari says:

    tak suka betik sbb terlalu lawas sgt..hahaha.. gambor katun tu die tak bukak seluar habis ptt la sembelit..hehehe
    amir zahari recently posted…Garfield Tersangkut Di Lubang PintuMy Profile

  8. vcore says:

    waahh.tips yang berguna nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge