Apakah 4 Soalan Yang Akan Ditanya Di Padang Mahsyar Nanti??

images-20.jpg

Apakah 4 Soalan Yang Akan Ditanya Di Padang Mahsyar Nanti??

Apakah 4 Soalan Yang Akan Ditanya Di Padang Mahsyar Nanti?? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini, Puteri kongsikan satu artikel islamik yang dapat mengingatkan kita tentang tanggungjawab sebagai seorang Muslim di atas bumi Allah ini. In shaa Allah, semoga memberi manfaat kepada semua. =)

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?”

Huraian Hadith:

1. Setiap orang akan disoal oleh Allah sebelum dimasuk ke syurga atau neraka.

2. Ini menunjukkan kehidupan di dunia amat penting dan jangan disia-siakan usia yang ada.

3. Beramallah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang Allah.

Rasulullah dalam hadis itu mengingatkan umat Islam bahawa, di hadapan mahkamah pengadilan Allah, setiap daripada kita akan ditanya empat perkara, iaitu umur, ilmu, harta dan tubuh badannya. Dan kita tidak akan dapat berganjak, selagi tidak menjelaskan setiap persoalan itu.

Pertama, mengenai umur. Nikmat umur yang dikurniakan Allah selama puluhan tahun, di manakah kita menghabiskannya? Katakan umur ketika hidup di dunia 70 tahun, berapa tahunkah yang diperuntukkan untuk melaksanakan amal salih bagi mengaut ganjaran pahala? Bagaimanakah, nasib kita sekiranya umur itu lebih banyak dibazirkan untuk berbuat maksiat dan dosa, sedangkan umur yang digunakan untuk beramal ibadat hanya sekitar 10 tahun? Itu pun selepas berada pada penghujung usia yang senja.

Ke manakah perginya baki 60 tahun umur kita itu? Adakah kita yakin akan dapat mengecapi nikmat syurga dengan nilai pahala selama 10 tahun, sedangkan longgokan dosa yang kita kumpul selama 60 tahun pula begitu tinggi?

Kedua, mengenai ilmu. Bagaimana jawaban kita jika ditanya mengenai ilmu? Apakah tanggungjawab terhadap ilmu yang kita miliki sudah kita tunaikan? Banyak ilmu yang kita tahu, tetapi adakah ia diamalkan?

Kita tahu membezakan perbuatan baik dan buruk, tetapi mengapa kita masih berminat dengan sifat mazmumah (keji)? Kita ada ilmu tetapi mengapa tidak mendidik, membimbing, menegur atau menasihati orang lain apabila melihat mereka berbuat kemungkaran? Mengapa kita tidak menyebarkan kepada orang lain sesuatu ilmu yang kita ketahui?

Ketiga, kita juga akan disoal mengenai harta benda yang kita miliki. Dari sumber manakah kita peroleh harta itu? Adakah daripada punca yang halal atau haram? Ke jalan manakah pula kita belanjakan harta itu? Ke jalan kebajikan atau kemungkaran?

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.

Akhirnya, kita akan ditanya mengenai jasad atau tubuh badan kita. Apakah yang kita lakukan dengan tubuh yang sihat dan kuat ini? Adakah kita mensyukuri mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan anggota badan yang lain dan menggunakannya ke jalan yang diredai Allah? Atau kita ingkar nikmat pancaindera itu dan reda dimurkai-Nya?

Itulah empat soalan yang bakal dihadapkan kepada kita untuk dijawab, berdasarkan amalan kita. Semoga kita berjaya menjawabnya dengan bantuan amal salih, keikhlasan ibadat, dan sedekah jariah di dunia.

Justeru, marilah kita lakukan muhasabah diri supaya kita tergolong ke dalam kumpulan yang berjaya melalui ujian itu – JAKIM & FB Islam Agama Ku

wallahualam

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “Apakah 4 Soalan Yang Akan Ditanya Di Padang Mahsyar Nanti??”

  1. Ketiga, kita juga akan disoal mengenai harta benda yang kita miliki. Dari sumber manakah kita peroleh harta itu? Adakah daripada punca yang halal atau haram? Ke jalan manakah pula kita belanjakan harta itu? Ke jalan kebajikan atau kemungkaran?

    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.

    Penting sangat untuk semua blogger2 & yang dok cari duit dengan iklan berbentuk share tu. Kadang2 rezeki yg kita dapat hilang keberkatan walau halal tanpa kita sedar.. Tapi kalau menipu clik untuk dapat earning banyak tu dah jatuh haram. Kesian pulak akak tengok adik2 yg sopan bertudung litup dalam blog pun share benda baik2 tp bila bab duit semua jadi kelam.. berebut2 nak menipu clik. Kalau silap orang dah betulkan.. akak pun pernah buat silap tapi tak sengaja share iklan kat post comment blog orang tp bila di tegur dah tak buat sebab tak tau kata salah
    lekatlekitgurl recently posted…GARANG SUNGGUH AKAK JUAL NASI AYAM DENGAN PELANGGANMy Profile

  2. baby comel says:

    moga di sana nanti kita lancar dalam menjawab soalan2 tu
    baby comel recently posted…Alahai Cinta JannahMy Profile

  3. kucinghitam says:

    apa yang mampu lakukan amal jariah semoga disana dipermudahkan

  4. Hcz4TfeonXVK says:

    482812 860560Hey man, .This was an excellent page for such a hard subject to talk about. I look forward to reading many more great posts like these. Thanks 937527

  5. 102839 691092Nie and informative post, your every post worth atleast something. 8023

  6. 427315 486202Someone essentially lend a hand to make critically articles I

  7. cfd says:

    763086 577163Hello. I wanted to ask one thing

  8. cfd says:

    701253 492382wonderful issues altogether, you just gained a emblem new reader. 777833

  9. Hi, I do believe this is an excellent site. I stumbledupon
    it 😉 I am going to revisit once again since I book-marked it.
    Money and freedom is the best way to change, may you be rich
    and continue to guide other people.
    site de rencontre totalement gratuit recently posted…site de rencontre totalement gratuitMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge