Allahu Rabbi – Kisah Pendek Tapi Penuh Pengajaran

kisah-pengajaran-bahasa-haiwan.jpg

Allahu Rabbi – Kisah Pendek Tapi Penuh Pengajaran | Kisah Lelaki Yang Faham Bahasa Haiwan. Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan dan apabila ia mendengar bahawa Musa faham bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya,

Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tidak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian

Beberapa hari kemudian, dengan menggunakannya ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati. Jadi untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya.

Selepas peristiwa itu, sekali lagi ayam jantan berkata-kata dengan binatang lain. Kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelakkan kerugian. Dia gembira dengan tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang ada padanya untuk membantu menguruskan kehidupannya seharian.

Suatu hari lelaki itu terdengar pula ayam jantan berkata kepada anjing bahawa dia iaitu tuan mereka pula akan mati. Dalam ketakutan, lelaki itu pergi menemui Musa dan meminta nasihat. Kata Musa : “Sekarang tuan boleh lah pula menjual diri tuan .”

Fahamilah ajaran cerita ini bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar iaitu mengurus diri kita sendiri”. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

13 thoughts on “Allahu Rabbi – Kisah Pendek Tapi Penuh Pengajaran”

  1. TENGKUBUTANG says:

    heeeee… nak sangat pandai bahasa haiwan, sudahnya semua terikat dan bergantung pada tilikan ayam jatan tu.. hi3..
    TENGKUBUTANG recently posted…TIPS MINTAK HUTANG CARA SOPANMy Profile

    1. kucinghitam says:

      sanggup ka kalo paham bahasa binatang nanti korang kena layan permintaan diorg hahaha
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    1. kucinghitam says:

      over sangat la tue…
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. onlajer says:

    tak pula dia nak jual dirinya pula ya
    onlajer recently posted…Kempen Boikot Kurma Iran Diangap BerjayaMy Profile

    1. kucinghitam says:

      laku ka kalo jual diri tue?
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. Jangan mengkaji perkara yang luar dari kemampuan diri…

    1. kucinghitam says:

      biasa la terikut ngn ceta kartun la tue berangan ja
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    1. kucinghitam says:

      tengok animal planet try test paham ka idak
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. mujurlah dia tak jual diri… hahaha

    1. kucinghitam says:

      mujur kalo x sapa nak beli
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge